{"id":10458,"date":"2026-09-10T07:26:50","date_gmt":"2026-09-09T23:26:50","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=10458"},"modified":"2026-09-10T07:26:51","modified_gmt":"2026-09-09T23:26:51","slug":"yoga-diulit-mantra-cubaan-menggadai-akidah-umat-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=10458","title":{"rendered":"YOGA DIULIT MANTRA &#8211; CUBAAN MENGGADAI AKIDAH UMAT ISLAM"},"content":{"rendered":"\n<p>Tular menerusi sebuah rancangan media baharu, seorang pempengaruh beragama Islam menggambarkan yoga sebagai amalan boleh dilakukan semua agama termasuk umat Islam, malah turut menggalakkan masyarakat mempelajarinya di Shiva Yoga Peeth, Rishikesh, India. Namun, kenyataan ini wajar diperhalusi kerana yoga bukan sekadar regangan badan atau teknik pernafasan semata-mata, tetapi turut dikaitkan dengan elemen meditasi, falsafah dan ritual keagamaan tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut penjelasan pihak berautoriti agama, apabila yoga disertakan dengan mantra, pemujaan, konsep tenaga metafizik serta amalan spiritual agama lain, ia bukan lagi sekadar aktiviti fizikal. Dalam konteks ini, ia boleh memberi implikasi terhadap akidah umat Islam dan tidak wajar dinormalisasikan sebagai \u201csenaman universal\u201d tanpa sempadan.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih membimbangkan, program di Shiva Yoga Peeth, Rishikesh, India bagi tahun 2026 dilaporkan merangkumi Yoga Sutras, Bhagavad Gita, \u201cOm chanting\u201d, meditasi cakra, mantra Gayatri serta lawatan ke kuil dan ritual Ganga Aarti di Sunggai Ganga. Program ini jelas menunjukkan ia bukan sekadar latihan kecergasan, tetapi sarat dengan unsur kepercayaan dan amalan keagamaan Hindu. Justeru itu, umat Islam disaran lebih berhati-hati, tidak mudah terpengaruh dengan naratif \u201csemua boleh buat yoga\u201d tanpa memahami batas syarak dan implikasi terhadap akidah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tular menerusi sebuah rancangan media baharu, seorang pempengaruh beragama Islam menggambarkan yoga sebagai amalan boleh dilakukan semua agama termasuk umat Islam, malah turut menggalakkan masyarakat mempelajarinya di Shiva Yoga Peeth, Rishikesh, India. Namun, kenyataan ini wajar diperhalusi kerana yoga bukan sekadar regangan badan atau teknik pernafasan semata-mata, tetapi turut dikaitkan dengan elemen meditasi, falsafah dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10459,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[63],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10458"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10458"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10458\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10460,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10458\/revisions\/10460"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10459"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10458"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10458"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10458"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}