{"id":10784,"date":"2026-11-16T11:01:57","date_gmt":"2026-11-16T03:01:57","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=10784"},"modified":"2026-11-16T11:01:59","modified_gmt":"2026-11-16T03:01:59","slug":"hiburan-bukan-ancaman-pada-agama-islam-tapi-ada-batasnya-demi-pemeliharaan-akidah-umatnya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=10784","title":{"rendered":"HIBURAN BUKAN ANCAMAN PADA AGAMA ISLAM TAPI ADA BATASNYA DEMI PEMELIHARAAN AKIDAH UMATNYA"},"content":{"rendered":"\n<p>Sejak bila Islam menganggap konsert sebagai ancaman kepada agama? Islam tidak pernah memusuhi hiburan, apatah lagi menganggap setiap konsert sebagai ancaman kepada akidah umatnya. Islam mengiktiraf fitrah manusia untuk berhibur, tetapi menetapkan batas bagi memelihara akhlak dan akidah. Justeru, kenyataan Pemuda DAP yang menggesa masyarakat berhenti menganggap konsert sebagai ancaman agama menimbulkan persoalan: adakah kebimbangan terhadap unsur tertentu dalam persembahan kini mahu disamakan dengan sikap memusuhi seni? Jangan dikelirukan antara menolak hiburan dengan mempertahankan batas agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi, apabila sesuatu perkara sudah melebihi batas syarak, maka ia wajib ditangani demi menyelamatkan akidah umat Islam. Apa akan jadi apabila perkara ini tidak ditangani dengan sesungguhnya? Maka akan timbulnya perkara \u2013 perkara seperti:<\/p>\n\n\n\n<p>i. Kecelaruan dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil.<br>ii. Generasi belia Islam yang mudah terpengaruh dengan dunia hiburan melampau hingga merasakan agama bukan lagi keutamaan.<br>iii. Mula rasa agama Islam sebagai agama yang terlalu mengongkong urusan hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam hal konsert The Weeknd lalu, ini dilihat sebagai ancaman kerana terdapat beberapa perkara yang dinilai sebagai langkah awal untuk menyeleweng akidah umat Islam secara halus. Unsur \u2013 unsur seperti para penari membuat bulatan seperti upacara pemujaan syaitan, pemakaian seperti sebuah organisasi haram, budaya hedonisme yang melampau dan normalisasi nilai yang dianggap tidak selari dengan ajaran Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika menghormati sensitiviti Islam dianggap menyekat kebebasan berkarya, bagaimana pula dengan tindakan artis antarabangsa yang pernah membuat penyesuaian ketika berkonsert di Malaysia? Bang Yong-guk menyediakan rehat untuk solat Maghrib, Selena Gomez dan Gwen Stefani menyesuaikan pakaian pentas, manakala BamBam (GOT7) memakai sarung tangan ketika berinteraksi dengan peminat. Mereka tetap mampu menghiburkan peminat tanpa menjadikan penghormatan terhadap budaya tempatan sebagai penghalang kreativiti. Jika artis luar mampu menunjukkan kepekaan, mengapa sensitiviti umat Islam perlu dipertentangkan dengan kebebasan seni?<\/p>\n\n\n\n<p>Kontroversi konsert The Weeknd bukan soal Islam takut kepada muzik, pentas atau hiburan. Persoalannya ialah sama ada elemen persembahan tertentu wajar diteliti apabila mencetuskan kebimbangan terhadap sensitiviti agama. Mempertahankan kebebasan seni tidak bermakna setiap kebimbangan agama patut diketepikan. Islam tidak melihat konsert sebagai ancaman, tetapi Islam tetap menuntut akhlak dijaga dan akidah dipelihara. Jangan sampai atas nama kebebasan seni, penghormatan terhadap agama pula dianggap sebagai halangan.<br><br>#konsert#akhirzaman#sensitiviti#islam<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sejak bila Islam menganggap konsert sebagai ancaman kepada agama? Islam tidak pernah memusuhi hiburan, apatah lagi menganggap setiap konsert sebagai ancaman kepada akidah umatnya. Islam mengiktiraf fitrah manusia untuk berhibur, tetapi menetapkan batas bagi memelihara akhlak dan akidah. Justeru, kenyataan Pemuda DAP yang menggesa masyarakat berhenti menganggap konsert sebagai ancaman agama menimbulkan persoalan: adakah kebimbangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10785,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[879,107,84,1619],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10784"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10784"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10784\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10786,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10784\/revisions\/10786"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10785"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10784"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10784"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10784"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}