{"id":1977,"date":"2021-08-12T14:09:30","date_gmt":"2021-08-12T06:09:30","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=1977"},"modified":"2021-08-12T14:09:32","modified_gmt":"2021-08-12T06:09:32","slug":"memuatnaik-berita-atau-video-yang-menyentuh-sensitiviti-dan-mengaibkan-seseorang-adalah-perbuatan-ghuluw-melampaui-batas-yang-dicela-dan-dimurkai-allah-swt","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=1977","title":{"rendered":"MEMUATNAIK BERITA ATAU VIDEO YANG MENYENTUH SENSITIVITI DAN MENGAIBKAN SESEORANG ADALAH PERBUATAN &#8216;GHULUW&#8217; (MELAMPAUI BATAS) YANG DICELA DAN DIMURKAI ALLAH SWT"},"content":{"rendered":"\n<p>Demi mengaut jutaan \u2018followers\u2019 hingga menjadi terkenal dan diidolakan oleh semua orang, ada di kalangan \u2018content creator\u2019 ini sanggup melakukan perbuatan-perbuatan ghuluw atau lebih tepat lagi perbuatan melampaui batas hingga menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini. Perbuatan seperti \u2018prank\u2019, mengulas sesuatu isu secara berlebihan dan memburuk-burukkan hingga mendatangkan aib terhadap individu lain kini menjadi ikutan para \u2018content creator\u2019 di negara ini hingga lupa adab dan akhlak mereka terhadap manusia lainnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengambil contoh apa yang terjadi baru-baru ini di mana seorang \u2018content creator\u2019 yang bertindak memuatnaik video ketika beliau menziarahi pusara seorang penyanyi terkenal yang meninggal dunia akibat wabak pandemik Covid-19. Hal ini kerana beberapa jam sebelum video itu dimuatnaik, beliau telah membuat beberapa hantaran \u2018highlights\u2019 di laman sosialnya sebagai \u2018notification\u2019 buat \u2018followers\u2019 beliau agar tidak ketinggalan untuk menyaksikan video terbabit. Walaupun niatnya adalah untuk memberi penghormatan terakhir, tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. Tahukah anda apabila video itu mendapat tontonan ramai, maka beliau akan mendapat janaan pendapatan? Firman Allah SWT:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c\u2026dan janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.\u201d (QS Al \u2013 Baqarah: 190).<\/p>\n\n\n\n<p>Membuat sesuatu \u2018content\u2019 untuk menjana pendapatan sampingan tidak salah jika ia sesuatu yang berkaitan dengan kebaikan. Tetapi apa yang menjadi salahnya apabila kita membuat sebuah \u2018content\u2019 di atas penderitaan dan kesedihan orang lain. Satu perbuatan yang sangat melampaui batas dan mendapat kemurkaan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWahai umat manusia, hindarilah ghuluw (melampaui batas) dalam agama kerana yang membinasakan (umat) sebelum kamu adalah kerana mereka ghuluw dalam agama.\u201d (HR Ibnu Majah).<\/p>\n\n\n\n<p>Hormatilah sensitiviti masyarakat yang sedang berhadapan dengan musibah daripada Allah SWT. Jangan kerana kita terlalu taksub mengejar \u2018like\u2019 dan \u2018followers\u2019, kita hilang empati terhadap manusia lain. Ambillah contoh beberapa video yang boleh memberi manfaat kepada manusia lain seperti video masakan atau tutorial yang lebih ke arah keIslaman seperti asas dalam mengaji, tutorial solat dengan tepat, penjagaan kesihatan dari sudut Islam dan sebagainya yang sudah tentu memberi manfaat kepada orang lain. Siapa sangka dengan video tersebut pahala kita akan sentiasa mengalir kerana ilmu yang dicurahkan akan diguna pakai oleh masyarakat walaupun kita sudah meninggal dunia.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sumber: Harian Metro (18 Disember 2018)<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Demi mengaut jutaan \u2018followers\u2019 hingga menjadi terkenal dan diidolakan oleh semua orang, ada di kalangan \u2018content creator\u2019 ini sanggup melakukan perbuatan-perbuatan ghuluw atau lebih tepat lagi perbuatan melampaui batas hingga menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini. Perbuatan seperti \u2018prank\u2019, mengulas sesuatu isu secara berlebihan dan memburuk-burukkan hingga mendatangkan aib terhadap individu lain kini menjadi ikutan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1978,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[129,281],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1977"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1977"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1977\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1979,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1977\/revisions\/1979"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1978"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1977"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1977"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1977"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}