{"id":3880,"date":"2022-10-12T13:42:42","date_gmt":"2022-10-12T05:42:42","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=3880"},"modified":"2022-10-12T13:42:44","modified_gmt":"2022-10-12T05:42:44","slug":"manusia-seharusnya-menciptakan-tuhan-bukan-tuhan-yang-mencipta-manusia-karl-marx-usah-terpedaya-dengan-ideologi-tokoh-ateisme-barat-yang-sesat-lagi-menyesatkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=3880","title":{"rendered":"\u201cMANUSIA SEHARUSNYA MENCIPTAKAN TUHAN, BUKAN TUHAN YANG MENCIPTA MANUSIA\u201d \u2013 KARL MARX USAH TERPEDAYA DENGAN IDEOLOGI TOKOH ATEISME BARAT YANG SESAT LAGI MENYESATKAN"},"content":{"rendered":"\n<p>Pelopor ateisme zaman kini mendakwa bahawa beragama Islam adalah penyebab kepada kemunduran di dunia Islam, kerana kononnya agama Islam telah mengikat kebebasan akal daripada berfikir untuk mencapai kemajuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi tujuan itu, seorang tokoh sosialis dan kapitalis, Karl Marx berpendapat bahawa semua agama termasuk Kristian hendaklah dimusnahkan terlebih dahulu sebagai proses membina alam agar manusia menjadi Tuhan. Baginya, agama adalah ibarat \u2018candu rakyat\u2019 yang telah merampas kesedaran manusia dengan membawa episod kedukaan, sedangkan manusia berkeinginan menjadikan kehidupan alam ini lebih baik. Dakwanya lagi, seharusnya manusia yang mencipta Tuhan, bukan Tuhan yang mencipta manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan Karl Marx ini telah mendapat sokongan kuat oleh seorang lagi tokoh, Vladimir Lenin, menyatakan bahawa agama adalah sejenis arak yang sangat kotor sehingga memabukkan akal serta menutup ingatan seseorang manusia daripada mengingati tentang kesedaran untuk berusaha membebaskan diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemuncaknya, Friedrich Nietzsche menyatakan bahawa Tuhan telah mati, dan gagasan ini telah menjadi asas terpenting kepada ateisme dan lain-lain ideologi pascamoden untuk tidak mempercayai Tuhan. Agama dan kepercayaan kepada Tuhan dikatakan hanya sebagai ilusi, maka manusia perlu menggantikan kedudukan Tuhan yang telah mati dengan memerangi agama Kristian dan agama-agama lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan paparan sebahagian pemikiran tokoh ateisme tersebut, keracunan pemikiran sebegini merupakan sejarah terburuk dalam kehidupan beragama. Perkembangan fahaman ateisme ini ke seluruh dunia termasuklah dalam dunia Islam boleh mempengaruhi minda anak muda Islam yang rapuh imannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pergerakan ateisme terkini yang diistilahkan sebagai \u2018New Atheism\u2019 dengan membawa slogan: \u201cTiada syurga. Tiada neraka. Hanya Sains\u201d memberi satu tugasan yang berat kepada tokoh-tokoh Islam terutamanya untuk membuat \u2018gerak saraf perang saraf\u2019 terhadap ideologi sesat ini agar hujah-hujah mahupun doktrin yang disebarkan dapat \u2018dipatahkan\u2019 dengan ayat-ayat al-Quran serta hadis yang sudah semestinya lebih rasional daripada akal manusia yang berlandaskan nafsu dan kepentingan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sumber: Buku Ateisme: Satu Penelitian Awal &#8211; JAKIM<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelopor ateisme zaman kini mendakwa bahawa beragama Islam adalah penyebab kepada kemunduran di dunia Islam, kerana kononnya agama Islam telah mengikat kebebasan akal daripada berfikir untuk mencapai kemajuan. Bagi tujuan itu, seorang tokoh sosialis dan kapitalis, Karl Marx berpendapat bahawa semua agama termasuk Kristian hendaklah dimusnahkan terlebih dahulu sebagai proses membina alam agar manusia menjadi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3881,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[79],"tags":[599],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3880"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3880"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3880\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3882,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3880\/revisions\/3882"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3881"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3880"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3880"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3880"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}