{"id":5418,"date":"2023-09-26T15:43:23","date_gmt":"2023-09-26T07:43:23","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=5418"},"modified":"2023-09-26T15:43:24","modified_gmt":"2023-09-26T07:43:24","slug":"kontroversi-tafsiran-al-quran-oleh-seorang-pemimpin-politik-bukan-islam-hormatilah-hak-dan-kepimpinan-orang-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=5418","title":{"rendered":"KONTROVERSI TAFSIRAN AL \u2013 QURAN OLEH SEORANG PEMIMPIN POLITIK BUKAN ISLAM : HORMATILAH HAK DAN KEPIMPINAN ORANG ISLAM"},"content":{"rendered":"\n<p>Heboh minggu lalu apabila ada seorang pemimpin politik bukan Islam secara terang &#8211; terangan menafsirkan surah An \u2013 Nisa dengan pandangan beliau sendiri telah mengundang kecaman ramai pihak. Ramai yang menganggap pemimpin tersebut tidak menghormati hak orang Islam serta menafsirkan ayat al \u2013 Quran tersebut mengikut kefahaman beliau sendiri dan tidak merujuk mana \u2013 mana pihak yang pakar. Ayat manakah yang ditafsirkan? Firman Allah SWT:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada &#8220;Ulil-Amri&#8221; (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya &#8211; jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.\u201d (QS An \u2013 Nisa: 59).<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang ditafsir oleh ahli politik tersebut adalah sebahagian potongan ayat al \u2013 Quran yang menyeru umat Islam untuk mentaati &#8220;Ulil-Amri&#8221; (pemerintah). Memang benar ayat tersebut menyeru kita untuk mentaati pemimpin. Namun perlu dilihat daripada pelbagai sudut, sekiranya ayat itu digunakan untuk kepentingan sesetengah pihak maka ianya tidak wajib dituruti. Dalam hal ini, pemimpin politik itu dilihat dengan sengaja memainkan sentimen ini seolah \u2013 olah mahu menggambarkan bahawa umat Islam di negara ini tidak menghormati kepimpinan Kerajaan sedia ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini sangat melampau dan keterlaluan. Perbuatan ahli politik tersebut boleh dikatakan dengan sengaja ingin memprovokasi umat Islam dan dengan sengaja meletakkan martabat agama Islam di tahap paling bawah dari agama lain. Bahkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata perbuatan menafsir al-Quran dengan sewenang-wenang seolah-olah mempermainkan kalam Allah SWT dan kita tidak boleh menerima mana-mana individu, sama ada muslim atau bukan Islam, yang tidak memiliki kelayakan daripada sudut keilmuan mencukupi bagi mentafsirkan kitab suci ini. Tindakan itu dianggap seperti sengaja menghina Islam memandangkan ahli parlimen berkenaan bukan Muslim, namun bertindak menafsirkan ayat di dalam al-Quran, sekali gus turut menyentuh perkara 3R (agama, raja, kaum).<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah antara sebab mengapa Allah SWT melarang sama sekali bagi umat Islam melantik dari kalangan bukan Islam untuk menjadi pemimpin kecuali bersebab. Ianya dikhuatiri akan menimbulkan banyak ketegangan yang akhirnya menghuru \u2013 harakan keamanan negara. Allah SWT berfirman:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJanganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu).\u201d (QS Ali \u2018Imran: 28).<\/p>\n\n\n\n<p>Seharusnya sebagai seorang ahli politik yang matang, berwibawa dan mendapat kepercayaan rakyat, pemimpin tersebut perlu bersikap berkecuali dan hormat serta tidak mencampuri sebarang urusan yang berkaitan dengan agama Islam. Tidakkah semua agama mengajar penganutnya untuk saling menghormati sesama agama lain?<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Heboh minggu lalu apabila ada seorang pemimpin politik bukan Islam secara terang &#8211; terangan menafsirkan surah An \u2013 Nisa dengan pandangan beliau sendiri telah mengundang kecaman ramai pihak. Ramai yang menganggap pemimpin tersebut tidak menghormati hak orang Islam serta menafsirkan ayat al \u2013 Quran tersebut mengikut kefahaman beliau sendiri dan tidak merujuk mana \u2013 mana [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5419,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[164,31,26,440],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5418"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5418"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5418\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5422,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5418\/revisions\/5422"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5419"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5418"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5418"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5418"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}