{"id":546,"date":"2020-09-15T11:41:13","date_gmt":"2020-09-15T03:41:13","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=546"},"modified":"2020-09-15T11:41:15","modified_gmt":"2020-09-15T03:41:15","slug":"hargai-keamanan-dan-jauhi-persengketaan-demi-keharmonian-sejagat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=546","title":{"rendered":"HARGAI KEAMANAN DAN JAUHI PERSENGKETAAN DEMI KEHARMONIAN SEJAGAT"},"content":{"rendered":"\n<p>Rakyat Malaysia sememangnya sangat bertuah hidup di dalam negara ini. Walaupun terdapat perbezaan pendapat, akan tetapi apabila tibanya \u2018serangan\u2019 dari dunia luar, dengan automatiknya kita akan bersatu hati untuk mempertahankan tanah air tercinta agar sentiasa aman dan harmoni. Antara nikmat besar yang telah dikurniakan kepada kita ialah nikmat keamanan dan kesejahteraan. Allah SWT mengurniakan nikmat ini supaya kita semua dapat berfikir dan merenungi keagungan dan kekuasaanNya.<\/p>\n\n\n\n<p>Keamanan berkait rapat dengan keimanan yang menjadi benteng dalam diri. Al-Quran mengungkapkan perkaitan ini melalui Surah al-An\u2019am ayat 82:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOrang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Agama Islam amat menitikberatkan keamanan bagi sesebuah negara. Rasulullah SAW menggambarkan bahawa keamanan merupakan salah satu nikmat terbesar di dunia. Daripada Abu Salamah bin Ubaidillah, daripada bapanya, Rasulullah SAW bersabda:&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBarangsiapa antara kamu berada pada waktu pagi dalam keadaan sihat tubuh badannya, rasa aman dalam hidupnya, cukup makanannya pada hari itu, maka seolah-olah seluruh dunia dikumpulkan untuknya.\u201d (HR Ibnu Majah)<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk itu, bagi mengekalkan keamanan tersebut, rakyat negara ini haruslah mentaati segala keputusan para pemimpin dan menjauhi segala persengketaan yang bakal meruntuhkan institusi perpaduan sesebuah negara. Ini kerana arahan dan keputusan pemimpin itu adalah yang terbaik dalam memastikan Malaysia kekal harmoni dan sejahtera.<\/p>\n\n\n\n<p>Firman Allah SWT:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan ulil amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya.\u201d (QS an-Nisa\u2019: 59)<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, rakyat Malaysia perlu menghargai keamanan, keharmonian dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini selain menjadikan semangat setiakawan dan muhibah untuk pegangan generasi akan datang. Ini kerana jika ketidaksefahaman daripada aspek agama, budaya dan kaum telah dimulakan sekarang, maka tidak hairanlah ia boleh menjadikan negara huru-hara sekali gus merugikan generasi belia pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Melakakini.my \u201cRakyat perlu hargai keamanan, keharmonian dan perpaduan\u201d (14 Mei 2019)<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rakyat Malaysia sememangnya sangat bertuah hidup di dalam negara ini. Walaupun terdapat perbezaan pendapat, akan tetapi apabila tibanya \u2018serangan\u2019 dari dunia luar, dengan automatiknya kita akan bersatu hati untuk mempertahankan tanah air tercinta agar sentiasa aman dan harmoni. Antara nikmat besar yang telah dikurniakan kepada kita ialah nikmat keamanan dan kesejahteraan. Allah SWT mengurniakan nikmat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":547,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[77,171,26,206],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/546"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=546"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/546\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":548,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/546\/revisions\/548"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/547"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=546"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=546"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=546"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}