{"id":5487,"date":"2023-10-11T14:01:08","date_gmt":"2023-10-11T06:01:08","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=5487"},"modified":"2023-10-11T14:01:09","modified_gmt":"2023-10-11T06:01:09","slug":"menuntut-ilmu-perlu-beradab-dan-jangan-bercampuran-dengan-perkara-yang-sia-sia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=5487","title":{"rendered":"MENUNTUT ILMU PERLU BERADAB DAN JANGAN BERCAMPURAN DENGAN PERKARA YANG SIA-SIA"},"content":{"rendered":"\n<p>Bulan ini merupakan bulan di mana ramai anak muda mendaftar masuk belajar di semua institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia. Tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Sudah pasti di setiap pusat pengajian akan ada sesi induksi ataupun dalam bahasa arab kita sebut sebagai \u2018Taaruf\u2019 dengan tujuan untuk mendedahkan kepada pelajar \u2013 pelajar baru tentang kehidupan di kawasan kampus dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, ada berberapa teguran kepada kumpulan pelajar -pelajar dan juga kumpulan fasilitator \u2013 fasilitator yang terlibat yang ingin artikel ini sampaikan. Tidak salah untuk menghiburkan diri semasa di dalam sesi tersebut dan benar ia hanyalah tujuan untuk bersuka \u2013 ria bagi menghilangkan rasa bosan pelajar \u2013 pelajar baharu semasa sesi induksi berlangsung. Akan tetapi, perlu diingatkan akan batas pergaulan dan perilaku semasa program tersebut dilaksanakan. Bukankah kita sudah diingatkan dengan adab \u2013 adab semasa menuntut ilmu? Mengapa perlu ada perkara \u2013 perkara yang lagha seperti alunan muzik yang kuat dan juga tarian lambak di kalangan pelajar \u2013 pelajar baharu?<\/p>\n\n\n\n<p>Perlu diingatkan, tujuan kita untuk masuk ke alam universiti itu adalah untuk menuntut ilmu dan menjadi orang yang berbakti dan bermanfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara. Antara adab dalam menuntut ilmu adalah tidak sambil lewa dan menjauhkan diri daripada maksiat serta mengurangkan kata \u2013 kata dan aktiviti yang tidak bermanfaat. Islam menuntut agar umatnya bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan supaya semakin bertambah ilmu, maka semakin dekatlah diri kita dengan Allah SWT. Ilmu itu merupakan cahaya untuk kita lebih merasai keesaan Allah SWT, serta kekuasaan dan keagongan-Nya. Dengan ini akan bertambahlah ketakutan (ketaqwaan) kepada Allah SWT.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, fahamilah akan keperluan dan adab menuntut ilmu. Tidak salah untuk menghiburkan diri dan orang lain tetapi jangan melebihi batas yang telah ditetapkan agama. Ada banyak cara untuk berhibur dan menyediakan hiburan kepada orang lain. Berilah contoh yang baik agar kita dihormati sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai visi dan misi dalam menuntut ilmu. Rasulullah SAW bersabda:<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sesiapa yang menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan perjalanannya menuju syurga. Malaikat akan menaungi penuntut ilmu dengan sayapnya kerana reda terhadap perkara yang dia lakukan.\u201d (HR Abu Daud).<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sumber: Portal Dakwah dan Tarbiah (https:\/\/dakwahdantarbiah.com\/kepentingan-ilmu-dalam-islam)<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bulan ini merupakan bulan di mana ramai anak muda mendaftar masuk belajar di semua institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia. Tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Sudah pasti di setiap pusat pengajian akan ada sesi induksi ataupun dalam bahasa arab kita sebut sebagai \u2018Taaruf\u2019 dengan tujuan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5489,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[973,300],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5487"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5487"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5487\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5490,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5487\/revisions\/5490"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5489"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5487"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5487"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5487"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}