{"id":5887,"date":"2024-01-11T12:54:06","date_gmt":"2024-01-11T04:54:06","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=5887"},"modified":"2024-01-11T12:54:07","modified_gmt":"2024-01-11T04:54:07","slug":"kontroversi-cadangan-pembukaan-rumah-pelacuran-untuk-warga-asing-umat-islam-seharusnya-mencegah-maksiat-dan-bukan-menggalakkannya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=5887","title":{"rendered":"KONTROVERSI CADANGAN PEMBUKAAN RUMAH PELACURAN UNTUK WARGA ASING UMAT ISLAM SEHARUSNYA MENCEGAH MAKSIAT DAN BUKAN MENGGALAKKANNYA"},"content":{"rendered":"\n<p>Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kontroversi berkenaan \u201csaranan\u201d oleh seorang pelakon lelaki popular untuk membuka rumah pelacuran buat warga asing kononnya sebagai langkah membendung jenayah rogol membabitkan warga asing di Malaysia. Kenyataan itu dikeluarkan oleh pelakon tersebut semasa mengacara sebuah program podcast di laman sosial baru \u2013 baru ini. Umum mengetahui aktiviti pelacuran sama sekali tidak dibenarkan menurut undang \u2013 undang Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelacuran merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan [Akta 754] dan antara peruntukan kesalahan pelacuran adalah seperti berikut:<\/p>\n\n\n\n<p>1) Seksyen 372 \u2013 menyalahgunakan mana \u2013 mana orang bagi tujuan persundalan.<br>2) 372A \u2013 hidup daripada hasil persundalan atau perdagangan persundalan atau 372B \u2013 mencari langganan bagi maksud persundalan.<br>3) 373 \u2013 menguruskan rumah persundalan.<\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu, di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah &#8211; Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] terdapat beberapa peruntukan yang berkaitan dengan kesalahan pelacuran, antaranya Subseksyen 21 \u2013 pelacuran, Subseksyen 22 \u2013 muncikari (seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dan seorang lelaki bagi apa \u2013 apa maksud menyalahi Hukum Syarak) dan Subseksyen 23 \u2013 persetubuhan luar nikah.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah &#8211; Wilayah Persekutuan) 1997 juga memperuntukkan kesalahan kepada mana \u2013 mana orang yang menganjurkan, mendorong, atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa \u2013 apa maksiat sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 35 Akta 559.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai pelakon dan juga ikon kepada masyarakat, aktor itu seharusnya menyeru rakyat negara ini khususnya umat Islam untuk menjauhi sebarang perbuatan yang boleh menjurus ke arah perbuatan maksiat dan juga zina. \u201cSaranan\u201d untuk membuka rumah pelacuran merupakan satu \u201csaranan\u201d dangkal kerana ia tidak hanya membendung sebarang salah laku jenayah tetapi ia lebih mendorong manusia melakukan lebih banyak kesalahan yang akan mengakibatkan mudarat yang besar kepada masyarakat negara ini. Rasulullah SAW bersabda:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya, dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman.\u201d (HR Muslim).<\/p>\n\n\n\n<p>Cadangan yang diutarakan oleh pelakon terbabit tidak boleh diterima dan sewajarnya ditolak oleh segenap lapisan masyarakat. Dalam mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi, kaedah fikah seewajarnya dijadikan panduan. Cadangan ini amat jelas bertentangan dengan peruntukan undang \u2013 undang sivil dan syariah, bahkan jelas bertentangan dengan prinsip \u2013 prinsip ajaran Islam dan Maqasid Syariah. Ingat, kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sumber: Maktabah Al \u2013 Bakri dan Kenyataan Media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kontroversi berkenaan \u201csaranan\u201d oleh seorang pelakon lelaki popular untuk membuka rumah pelacuran buat warga asing kononnya sebagai langkah membendung jenayah rogol membabitkan warga asing di Malaysia. Kenyataan itu dikeluarkan oleh pelakon tersebut semasa mengacara sebuah program podcast di laman sosial baru \u2013 baru ini. Umum mengetahui aktiviti pelacuran sama sekali [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5888,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[692,1279],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5887"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5887"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5887\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5889,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5887\/revisions\/5889"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5888"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5887"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5887"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5887"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}