{"id":6041,"date":"2024-02-15T10:16:28","date_gmt":"2024-02-15T02:16:28","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=6041"},"modified":"2024-02-15T10:16:28","modified_gmt":"2024-02-15T02:16:28","slug":"berhenti-katakan-tudung-kepala-adalah-perintah-tuhan-nik-elin-antara-tafsiran-moden-peguam-vs-perintah-allah-swt-yang-wajib-dipatuhi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=6041","title":{"rendered":"BERHENTI KATAKAN TUDUNG KEPALA ADALAH PERINTAH TUHAN\u201d \u2013 NIK ELIN ANTARA \u201cTAFSIRAN MODEN\u201d PEGUAM VS PERINTAH ALLAH SWT YANG WAJIB DIPATUHI"},"content":{"rendered":"\n<p>Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peguam, Nik Elin Zurina di dalam sebuah \u2018podcast\u2019 mengenai kewajiban bertudung adalah perintah tuhan yang harus dihentikan dan juga berkenaan dengan isu solat Jumaat mengundang banyak kecaman di seluruh laman media sosial. Manakan tidak, beliau dilihat dengan sengaja cuba mengelirukan umat Islam dengan pandangan beliau mengenai hukum hakam yang telah ditetapkan di dalam al \u2013 Quran dengan pandangan beliau dari kaca mata seorang peguam.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan dalam satu kenyataan beliau berkata, \u201capabila kamu baca Quran surah 24:30 dan 31, kamu faham mesej itu dengan jelas. Kita disuruh untuk menjaga furuj atau kemaluan atau kesucian kita dan untuk menutupi ketelanjangan kita. Jadi saya tidak faham mengapa mereka menyuruh saya untuk menutup rambut atau kepala saya? Di mana logik Tuhan? Gunakan logik kamu.\u201d Satu kenyataan yang sangat liberal dalam melawan hukum Allah SWT.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk pengetahuan, surah yang dimaksudkan oleh beliau adalah surah An \u2013 Nur di mana dalam surah tu Allah SWT berfirman:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya..\u201d (QS An \u2013 Nur: 31).<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah Nik Elin ini hanya mentafsir sepotong ayat sahaja? Seharusnya dia perlu belajar untuk menjelaskan keseluruhan ayat ini kerana di dalam potongan ayat tersebut bersambung:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cdan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan..\u201d (QS An \u2013 Nur: 31).<\/p>\n\n\n\n<p>Di dalam ayat di atas, jelas Allah SWT telah memerintahkan golongan perempuan terutama para Muslimah untuk memakai khimar atau dalam bahasa mudahnya tudung untuk menutup aurat mereka. Bahkan Allah SWT memerintahkan para Muslimah untuk melabuhkan pakaian mereka seperti di dalam surah Al \u2013 Ahzab, ayat 59 yang bermaksud:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Sedikit pesanan buat saudari Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, jika kamu tidak tahu apa yang kamu perkatakan, lebih baik berdiam dan jangan mencampuri urusan agama yang jelas bukan kepakaran kamu. Ayat yang kamu keluarkan seperti \u201cDi mana logik Tuhan? Gunakan logik kamu\u201d sudah cukup menggambarkan kamu cuba memesongkan umat Islam pada hari ini dengan \u201ctafsiran moden\u201d bersifat liberalisme.<\/p>\n\n\n\n<p>Buat umat Islam khususnya Muslimah, berhati \u2013 hatilah dalam menerima setiap \u201ctafsiran\u201d yang datang bukan daripada pakarnya. Ini boleh jadi agenda dan \u2018jarum halus\u2019 golongan tertentu yang ingin melihat perpecahan dalam kalangan umat Islam dan sekaligus cuba untuk menyesatkan serta melahirkan lebih ramai umat Islam berfahaman liberal. Mohonlah perlindungan daripada Allah SWT agar dijauhkan daripada kesesatan golongan \u2013 golongan seperti itu. Adakah \u201ctafsiran moden\u201d atau perintah Allah SWT yang wajib dipatuhi? Fikir \u2013 fikirkan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sumber: Tiktok drkamilinjamilin<br>(https:\/\/www.tiktok.com\/@drkamilinjamilin\/video\/7334694647819750657?_r=1&amp;_t=8jpigW6veHh)<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peguam, Nik Elin Zurina di dalam sebuah \u2018podcast\u2019 mengenai kewajiban bertudung adalah perintah tuhan yang harus dihentikan dan juga berkenaan dengan isu solat Jumaat mengundang banyak kecaman di seluruh laman media sosial. Manakan tidak, beliau dilihat dengan sengaja cuba mengelirukan umat Islam dengan pandangan beliau mengenai hukum hakam yang telah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6043,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[1304,229],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6041"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6041"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6041\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6044,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6041\/revisions\/6044"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6043"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6041"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6041"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6041"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}