{"id":7424,"date":"2024-11-13T13:01:43","date_gmt":"2024-11-13T05:01:43","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=7424"},"modified":"2024-11-13T13:01:44","modified_gmt":"2024-11-13T05:01:44","slug":"budaya-buli-kezaliman-yang-tidak-berpenghujung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=7424","title":{"rendered":"BUDAYA BULI, KEZALIMAN YANG TIDAK BERPENGHUJUNG"},"content":{"rendered":"\n<p>Bukan kali pertama artikel mengenai buli ini dikeluarkan, namun kes penganiayaan ini tetap sahaja berlaku di mana \u2013 mana. Seperti yang terjadi baru \u2013 baru ini di mana seorang penuntut tahun pertama di salah sebuah universiti awam retak tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh pelajar senior. Sebelum itu juga, satu kes yang berlaku di universiti yang sama turut dilaporkan di mana seorang penuntut yang lain melecur di badan akibat ditekap dengan seterika oleh penuntut senior.<\/p>\n\n\n\n<p>Sampai bila budaya ini terus berlaku? Adakah kita mahu lihat ada lagi yang menjadi korban jiwa seperti yang terjadi ke atas Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain? Sudah jelas dan nyata Islam melarang umatnya untuk melakukan penganiayaan sesama manusia apa lagi yang seiman dengan mereka. Allah SWT berfirman:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJanganlah kamu saling mencela satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (jadi fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.\u201d (QS Al \u2013 Hujurat: 11).<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeorang Mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, melaknat, suka berperilaku keji dan suka berkata kasar.\u201d (HR At \u2013 Tirmidzi).<\/p>\n\n\n\n<p>Islam begitu keras menegah perbuatan membuli tidak kira sama ada melalui perbuatan fizikal atau pembulian secara mental. Islam mengajar kita mencari jalan dengan ketenangan supaya apa jua perkataan ditaip mahupun perbuatan dilakukan tidak sampai menyebabkan kita menghukum, memaki hamun atau paling teruk sehingga boleh memukul orang lain iaitu mengundang kepada perbuatan buli.<\/p>\n\n\n\n<p>Masyarakat hari ini adalah masyarakat yang terdidik dengan ilmu duniawi dan ukhrawi secara seimbang. Seharusnya kita berfikir secara bijak untuk melakukan sesuatu tindakan dan memikirkan kesannya di kemudian hari. Masyarakat hari ini perlu hidup dalam suasana aman, damai dan harmoni serta tidak melakukan sesuatu tindakan perlecehan atau yang tercela.<\/p>\n\n\n\n<p>Masyarakat khususnya perlu mengambil tanggungjawab menentang penderaan dan buli yang jelas bertentangan dengan nilai Islam dan kemanusiaan. Ingat, Allah SWT tidak akan membiarkan perbuatan orang yang menganiaya, sekaligus memberi hiburan kepada orang yang teraniaya, bahawa dengan kesabarannya ia pasti akan memperoleh hak-haknya (kemenangan) yang telah dirampas oleh pelaku kezaliman. Firman Allah SWT:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.\u201d (QS Asy \u2013 Syura: 42).<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bukan kali pertama artikel mengenai buli ini dikeluarkan, namun kes penganiayaan ini tetap sahaja berlaku di mana \u2013 mana. Seperti yang terjadi baru \u2013 baru ini di mana seorang penuntut tahun pertama di salah sebuah universiti awam retak tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh pelajar senior. Sebelum itu juga, satu kes yang berlaku [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7425,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[1470,451,306,1252],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7424"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7424"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7424\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7426,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7424\/revisions\/7426"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7425"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7424"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7424"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7424"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}