{"id":7913,"date":"2025-02-26T13:17:18","date_gmt":"2025-02-26T05:17:18","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=7913"},"modified":"2025-02-26T13:17:19","modified_gmt":"2025-02-26T05:17:19","slug":"insiden-pelajar-perempuan-dicabul-oleh-lelaki-okuusah-normalisasi-kesalahan-demi-simpati-kekurangan-diri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=7913","title":{"rendered":"INSIDEN PELAJAR PEREMPUAN DICABUL OLEH LELAKI OKUUSAH NORMALISASI KESALAHAN DEMI SIMPATI KEKURANGAN DIRI"},"content":{"rendered":"\n<p>Insiden pencabulan seorang pelajar perempuan oleh seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor memberikan impak yang besar sepanjang minggu ini. Manakan tidak, sebaik sahaja berita ini tersebar di media sosial, begitu banyak sekali warga maya yang bertindak sebagai \u2018tuan hakim\u2019, menjatuhkan keputusan sendiri dan memberi andaian serta konklusi tersendiri terkait kes berkenaan. Ramai sekali yang mengecam ibu bapa dan pelajar perempuan tersebut seolah \u2013 olah mereka pula yang melakukan kesalahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada sebilangan netizen yang mempersoalkan ke mana perginya ibu bapa atau penjaga kanak \u2013 kanak tersebut? Kenapa kanak \u2013 kanak tersebut tidak melawan saat ingin dicabul? Dan bermacam \u2013 macam lagi kritikan yang tidak terjangkau dek akal manusia. Artikel ingin menegaskan bahawa kejadian itu di luar kendalian pihak \u2013 pihak yang terlibat kerana ketika itu semua orang sedang khusyuk melaksanakan solat Subuh. Akan tetapi, apa yang artikel kesalkan adalah ada sebilangan netizen yang kononnya simpati dengan nasib remaja lelaki berkenaan yang dikatakan berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) (masalah pembelajaran).<\/p>\n\n\n\n<p>Status OKU bukanlah alasan untuk \u2018membenarkan\u2019 kesalahan yang dilakukan kerana ianya tetap salah laku jenayah dan negara ini mempunyai peruntukan undang \u2013 undang khusus untuk kesalahan tersebut. Kini, suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Dalam hal ini, kita perlu bertegas. Tidak ada siapa yang berkecuali dalam jenayah ini. Kesalahan tetap kesalahan! Inilah masyarakat kita, menormalisasikan kesalahan atas sebab simpati kekurangan diri suspek. Perlu diketahui, suspek mungkin mengalami masalah dalam pembelajaran, tetapi masalah terhadap nafsu, mereka masih waras dan berkeinginan. Mereka juga mempunyai akal dan tidak berkecuali.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, jangan sesekali menormalisasikan jenayah hanya kerana kekurangan seseorang. Jika sikap masyarakat kita ini masih berterusan, tidak mustahil satu hari nanti hukuman dan undang \u2013 undang dunia hanya lapuk ditelan kertas putih yang tidak laku. Ini kerana normalisasi masyarakat yang kononnya terpaling simpati atas nasib pelaku berbanding mangsa. Fikir \u2013 fikirkanlah, sekiranya perkara ini terjadi di dalam keluarga atau sekitar kita, adakah kita masih mahu mengkritik diri sendiri? Letakkan seketika diri kita dalam \u2018kasut\u2019 mereka yang terlibat. Baru kita tahu apa yang mereka lalui. Firman Allah SWT:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah SWT tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang \u2013 orang yang kafir.\u201d (QS At \u2013 Taubah: 37).<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan menghalalkan dosa!!!<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sumber: Facebook Tazkirah Malam Jumaat<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Insiden pencabulan seorang pelajar perempuan oleh seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor memberikan impak yang besar sepanjang minggu ini. Manakan tidak, sebaik sahaja berita ini tersebar di media sosial, begitu banyak sekali warga maya yang bertindak sebagai \u2018tuan hakim\u2019, menjatuhkan keputusan sendiri dan memberi andaian serta konklusi tersendiri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7914,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[1007,549,306,1744,1743],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7913"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7913"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7913\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7915,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7913\/revisions\/7915"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7914"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7913"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7913"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7913"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}