{"id":8552,"date":"2025-07-17T10:24:27","date_gmt":"2025-07-17T02:24:27","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=8552"},"modified":"2025-07-17T10:24:28","modified_gmt":"2025-07-17T02:24:28","slug":"waspada-pada-golongan-yang-mengaku-berilmu-tetapi-sebenarnya-penipu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=8552","title":{"rendered":"WASPADA PADA GOLONGAN YANG MENGAKU \u201cBERILMU\u201d TETAPI SEBENARNYA PENIPU!"},"content":{"rendered":"\n<p>Semakin hari semakin banyak program yang melibatkan pengisian semula soal kehidupan dan bagaimana untuk membina semula dari kehidupan lama atau kita panggil sebagai \u201creset\u201d. Ini termasuklah sebuah program \u201ceHati: Love Insentive\u201d yang dikelola oleh seorang yang kononnya digelar \u201cpakar motivasi\u201d tetapi sebaliknya beliau telah memulakan ajaran yang salah sehinggakan tidak masuk dek akal.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang dijalankan kononnya dikatakan untuk mewujudkan kembali perasaan kasih dan sayang di antara suami isteri dan hubungan itu boleh di \u201creset\u201d semula. Namun, apa yang mengejutkan pengisian program itu dikatakan bersamaan dengan ritual agama lain dan terdapat unsur \u2013 unsur seksualiti di dalamnya. Nauzubillahiminzalik! Akan tetapi, perkara ini bukanlah satu perkara baharu, banyak pihak \u2013 pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama di sebalik program motivasi tetapi sebenarnya ada agenda lain untuk dilakukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedudukan seorang pakar motivasi ini ibarat seorang guru yang dianggap mulia dan dihormati kerana mereka dilihat sebagai orang yang menyampaikan ilmu dan membimbing masyarakat menuju jalan yang benar. Namun, realitinya tidak semua di antara mereka menepati peranan dan tanggungjawab ini. Ada segelintir individu yang menyalahgunakan kedudukan mereka demi kepentingan peribadi, kuasa atau populariti.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila mereka menyalahgunakan kedudukan dan kepercayaan masyarakat, pelbagai kesan buruk boleh berlaku. Antaranya adalah kehilangan kepercayaan terhadap institusi pendidikan motivasi dan juga agama. Masyarakat menjadi sinis dan mempersoalkan kewibawaan secara umum apabila segelintir mereka terbabit dalam skandal atau ajaran menyimpang. Begitu juga memburukkan nama Islam di mata bukan Muslim. Sabda Rasulullah SAW:<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Akan muncul pada akhir zaman orang-orang yang bercakap tentang agama, tetapi mereka sesat dan menyesatkan.&#8221; (HR Abu Daud).<\/p>\n\n\n\n<p>Maka dari itu, berhati \u2013 hatilah dalam mengikuti sebarang program motivasi. Menjadi seorang pakar motivasi bukan lesen untuk dihormati secara membuta tuli. Sebaliknya, ia adalah amanah besar untuk menyampaikan ilmu dengan penuh hikmah, keikhlasan dan tanggungjawab. Umat Islam perlu tegas dalam hal ini agar tidak dipesongkan oleh pihak \u2013 pihak tidak bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sumber: Kolum Ad \u2013 Din, Harian Metro (10 Julai 2025)<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semakin hari semakin banyak program yang melibatkan pengisian semula soal kehidupan dan bagaimana untuk membina semula dari kehidupan lama atau kita panggil sebagai \u201creset\u201d. Ini termasuklah sebuah program \u201ceHati: Love Insentive\u201d yang dikelola oleh seorang yang kononnya digelar \u201cpakar motivasi\u201d tetapi sebaliknya beliau telah memulakan ajaran yang salah sehinggakan tidak masuk dek akal. Program yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8553,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[1905,1907,1908,396],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8552"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8552"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8552\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8554,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8552\/revisions\/8554"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8553"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8552"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8552"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8552"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}