{"id":8671,"date":"2025-08-12T10:45:46","date_gmt":"2025-08-12T02:45:46","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=8671"},"modified":"2025-08-12T10:45:47","modified_gmt":"2025-08-12T02:45:47","slug":"trend-upskirt-melayu-umpan-duit-perangkap-maruah-gadai-akidah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=8671","title":{"rendered":"TREND \u2018UPSKIRT MELAYU\u2019: UMPAN DUIT, PERANGKAP MARUAH, GADAI AKIDAH"},"content":{"rendered":"\n<p>Sejak kebelakangan ini, media sosial dibanjiri amaran tentang kewujudan akaun-akaun yang menawarkan \u2018kerja fotografi\u2019 dengan bayaran lumayan yang dinamakan sebagai \u2018Upskirt Melayu\u2019. Modus operandinya mudah, tawarkan sesi bergambar berkonsepkan \u2018artistic photography\u2019 termasuk \u2018upskirt\u2019, pakaian dalam dan \u2018pose\u2019 sensitif dengan alasan muka akan ditukar menggunakan teknologi AI. Sasaran utama adalah gadis-gadis Melayu muda, termasuk yang masih belajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Modus operandi:<\/p>\n\n\n\n<ol>\n<li>Umpan gaji tinggi \u2013 RM 500 ke atas untuk satu sesi, konon sebagai pendapatan sampingan mudah;<\/li>\n\n\n\n<li>Janji privasi dan keselamatan \u2013 menggunakan AI untuk menggantikan muka, agar mangsa rasa tidak takut;<\/li>\n\n\n\n<li>Pendekatan mesra dan mesra budaya \u2013 menggunakan nama akaun berunsur Melayu untuk meraih kepercayaan kumpulan yang disasarkan.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Hakikatnya, gambar tubuh sebenar tetap diambil. AI hanya memanipulasi wajah, tetapi bentuk badan, tanda lahir atau ciri-ciri fizikal mangsa masih boleh dikenal pasti. Lebih parah, imej ini berpotensi disalah guna, dijual atau menjadi bahan lucah di pasaran gelap.<\/p>\n\n\n\n<p>Di sinilah bahayanya pemikiran liberal yang memisahkan nilai agama daripada tindakan. Ada yang merasionalisasikan tawaran ini dengan alasan:<\/p>\n\n\n\n<ul>\n<li>\u201cbukan dedah muka pun..\u201d, \u201ckerja seni, bukan lucah..\u201d, \u201casal dapat duit, tak salah..\u201d<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Sedangkan dari sudut hukum Islam, membuka aurat dengan sengaja untuk tujuan hiburan atau komersial adalah haram. Ia termasuk dalam perbuatan \u2018tabarruj\u2019 dan \u2018fahisyah\u2019 yang ditegah, walaupun dilakukan secara suka sama suka dan diberikan ganjaran wang.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang lebih membimbangkan, mereka berani untuk membuat penggambaran ini di tempat awam dan mewujudkan \u2018group\u2019 secara terang-terangan di sosial media. Oleh sebab itu, dari sudut undang-undang juga, golongan terlibat ini boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 509, Seksyen 292 dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 jika didapati bersalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru itu, jangan terpedaya dengan tawaran lumayan sehingga sanggup menggadaikan maruah dan agama. Trend \u2018upskirt melayu\u2019 ini bukan sahaja perangkap jenayah, malah trend ini bukan \u2018halal\u2019 atau \u2018artistic\u2019, ia adalah bentuk eksploitasi seksual. Jangan biarkan pemikiran liberal menghalalkan apa yang jelas diharamkan oleh syarak. Wang boleh dicari dengan banyak cara, tetapi maruah diri yang tercalar sukar dipulihkan, apakan lagi akidah. Renung-renungkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber: Tiktok Reina Lum dan Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sejak kebelakangan ini, media sosial dibanjiri amaran tentang kewujudan akaun-akaun yang menawarkan \u2018kerja fotografi\u2019 dengan bayaran lumayan yang dinamakan sebagai \u2018Upskirt Melayu\u2019. Modus operandinya mudah, tawarkan sesi bergambar berkonsepkan \u2018artistic photography\u2019 termasuk \u2018upskirt\u2019, pakaian dalam dan \u2018pose\u2019 sensitif dengan alasan muka akan ditukar menggunakan teknologi AI. Sasaran utama adalah gadis-gadis Melayu muda, termasuk yang masih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8672,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[46],"tags":[107,94,47,672,1953,1952,1951],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8671"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8671"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8671\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8673,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8671\/revisions\/8673"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8672"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8671"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8671"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8671"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}