{"id":8996,"date":"2025-10-24T11:33:48","date_gmt":"2025-10-24T03:33:48","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=8996"},"modified":"2025-10-24T11:33:50","modified_gmt":"2025-10-24T03:33:50","slug":"fenomena-akses-mudah-kepada-bahan-lgbt-di-media-sosial-tinjauan-islam-dan-saranan-kepada-masyarakat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=8996","title":{"rendered":"FENOMENA AKSES MUDAH KEPADA BAHAN LGBT DI MEDIA SOSIAL: TINJAUAN ISLAM DAN SARANAN KEPADA MASYARAKAT"},"content":{"rendered":"\n
Dalam era digital yang serba canggih ini, maklumat boleh diakses dengan mudah hanya di hujung jari. Media sosial seperti TikTok, Instagram, YouTube dan X (dahulunya Twitter) menjadi sumber hiburan, pendidikan dan maklumat bagi jutaan pengguna setiap hari. Namun, dalam keselesaan ini wujud juga cabaran besar \u2014 antaranya ialah penyebaran kandungan berunsur LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) yang semakin terbuka dan mudah diakses oleh sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak dan remaja Muslim.<\/p>\n\n\n\n
Agama Islam jelas dalam pendiriannya terhadap perbuatan liwat dan hubungan sejenis. Firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raf ayat 80-81:<\/p>\n\n\n\n
“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) ketika dia berkata kepada mereka: ‘Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas.'”<\/p>\n\n\n\n
Perbuatan ini telah dilaknat oleh Allah SWT dan kaum Nabi Luth ditimpakan azab yang dahsyat kerana tidak meninggalkan perbuatan tersebut walaupun telah diberi peringatan. Hari ini, pelbagai platform media sosial telah membuka ruang kepada penyebaran budaya LGBT dalam pelbagai bentuk:<\/p>\n\n\n\n
\u2022 Video promosi gaya hidup LGBT.
\u2022 Watak-watak LGBT dalam drama dan kartun.
\u2022 Pempengaruh (influencer) LGBT yang mendapat perhatian ramai.
\u2022 Hashtag dan komuniti yang menyokong gerakan tersebut secara terbuka.<\/p>\n\n\n\n
Kandungan ini sering dipaparkan tanpa sekatan umur, algoritma media sosial pula menyasarkan minat pengguna dan menyebabkan bahan-bahan sedemikian tersebar luas dan boleh \u2018muncul\u2019 tanpa dicari. Hal ini sekaligus mendatangkan kesan kepada masyarakat jika dinormalisasikan termasuklah:<\/p>\n\n\n\n
\u2022 Kekeliruan identiti dalam kalangan remaja.
\u2022 Penerimaan sosial terhadap perbuatan yang haram.
\u2022 Merosakkan institusi keluarga dan nilai moral.
\u2022 Meningkatnya kes kemurungan akibat konflik dalaman identiti.<\/p>\n\n\n\n
Justeru artikel menyarankan kepada masyarakat terhadap isu ini antaranya adalah:<\/p>\n\n\n\n
\n
Perkukuh kefahaman agama sejak usia muda. Ibu bapa dan guru harus menanamkan kefahaman yang jelas tentang hukum-hakam Islam berkaitan hubungan sejenis. Didik anak-anak agar mengenal identiti diri sebagai Muslim yang berakhlak.<\/li>\n\n\n\n
Pantau penggunaan media sosial. Gunakan aplikasi kawalan ibu bapa dan tetapkan masa yang sesuai untuk anak-anak menggunakan gajet. Lakukan perbincangan dengan anak-anak tentang apa yang mereka tonton dan siapa yang mereka ikuti.<\/li>\n\n\n\n
Sebarkan dakwah dan pendidikan akhlak. Gunakan platform media sosial untuk menyebarkan mesej Islam yang seimbang, tegas dalam prinsip, namun penuh hikmah. Selain itu galakkan penceramah, pendakwah dan pempengaruh Muslim untuk menghasilkan kandungan alternatif yang menarik dan bermanfaat.<\/li>\n\n\n\n
Tolak normalisasi, bukan tolak individu. Islam menolak perbuatan LGBT, tetapi tetap menyeru pelaku kembali ke pangkal jalan dengan penuh kasih dan hikmah. Bantu mereka yang mengalami kekeliruan identiti untuk mendapatkan sokongan dan bimbingan yang betul.<\/li>\n\n\n\n
Teguhkan undang-undang dan polisi negara. Sokong usaha kerajaan dan pihak berkuasa untuk menyekat kandungan tidak bermoral di media sosial. Laporkan akaun atau kandungan yang jelas bertentangan dengan nilai Islam dan undang-undang negara.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n
Akses mudah kepada bahan LGBT di media sosial adalah satu ujian besar kepada umat Islam masa kini. Ia menuntut kerjasama semua pihak: ibubapa, pendidik, pemimpin agama, pembuat dasar dan seluruh masyarakat untuk bertindak bijak dan proaktif. Dengan berpandukan al-Quran dan sunnah, serta hikmah dalam tindakan, kita mampu membina masyarakat yang berpegang teguh kepada fitrah dan nilai-nilai Islam. Allah SWT berirman:<\/p>\n\n\n\n
\u201cSesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka.\u201d (QS Ar \u2013 Ra\u2019d: 11).<\/p>\n\n\n\n
Sumber: Malaysia Gazzete (20 Oktober 2025)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
Dalam era digital yang serba canggih ini, maklumat boleh diakses dengan mudah hanya di hujung jari. Media sosial seperti TikTok, Instagram, YouTube dan X (dahulunya Twitter) menjadi sumber hiburan, pendidikan dan maklumat bagi jutaan pengguna setiap hari. Namun, dalam keselesaan ini wujud juga cabaran besar \u2014 antaranya ialah penyebaran kandungan berunsur LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, […]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8997,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[46],"tags":[64,1910,94,47,138],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8996"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8996"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8996\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8998,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8996\/revisions\/8998"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8997"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8996"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8996"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8996"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}