{"id":9584,"date":"2026-03-09T09:19:02","date_gmt":"2026-03-09T01:19:02","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=9584"},"modified":"2026-03-09T09:19:39","modified_gmt":"2026-03-09T01:19:39","slug":"fenomena-gerhana-konflik-di-iran-dan-kemunculan-imam-mahdi-di-akhir-zamansatu-pemahaman-yang-harus-diperbetulkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=9584","title":{"rendered":"FENOMENA GERHANA, KONFLIK DI IRAN DAN KEMUNCULAN IMAM MAHDI DI AKHIR ZAMANSATU PEMAHAMAN YANG HARUS DIPERBETULKAN"},"content":{"rendered":"\n
Saban tahun, khususnya apabila menjelang bulan Ramadan, akan timbul pelbagai perkongsian dan perbincangan di media sosial yang mengaitkan fenomena alam seperti gerhana dengan peristiwa besar akhir zaman. Ramadan kali ini juga tidak terkecuali apabila kita berhadapan dengan fenomena gerhana bulan merah. Ditambah pula dengan konflik yang sedang berlaku di Iran dan beberapa negara Timur Tengah, ada yang cuba mengaitkannya dengan kemunculan Imam Mahdi serta tanda hampirnya kiamat.<\/p>\n\n\n\n
Hakikatnya, sebagai umat Islam kita perlu melihat isu ini dengan neraca ilmu, bukan sekadar emosi dan andaian.<\/p>\n\n\n\n
Fenomena gerhana bulan atau gerhana matahari sememangnya merupakan tanda kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Namun, ia tidak boleh dikaitkan secara sewenang-wenangnya dengan kemunculan seseorang tokoh atau berlakunya sesuatu peristiwa tertentu. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muhammad SAW, Baginda bersabda:<\/p>\n\n\n\n
\u201cSesungguhnya matahari dan bulan merupakan tanda kekuasaan dan kebesaran Allah SWT dan ianya tidak ada kaitan sama ada kematian seseorang ataupun kelahiran seseorang. Banyakkan berdoa, bersolat dan bersedekah.\u201d (HR Muslim).<\/p>\n\n\n\n
Hadis ini menjadi garis panduan yang jelas bahawa gerhana bukanlah petanda khusus kepada kematian, kelahiran atau kemunculan mana-mana individu termasuk Imam Mahdi. Sebaliknya, ia adalah peringatan agar kita kembali kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan doa, solat dan sedekah.<\/p>\n\n\n\n
Dalam hal ini, tidak ada Tidak ada salahnya untuk meminati atau menghayati ilmu-ilmu akhir zaman (eskatologi). Bahkan, memahami tanda-tanda akhir zaman boleh menjadi satu bentuk persediaan rohani dalam menghadapi kemungkinan fitnah dan cabaran yang mendatang. Natijah daripada mempelajari ilmu-ilmu ini sepatutnya menjadikan kita:<\/p>\n\n\n\n
\u2022 Lebih dekat dengan Allah SWT.
\u2022 Lebih berhati-hati dalam tindakan.
\u2022 Lebih kuat pegangan akidah.
\u2022 Lebih bersedia menghadapi ujian.<\/p>\n\n\n\n
Namun, yang menjadi kebimbangan ialah apabila ilmu akhir zaman hanya menjadi bahan sensasi. Kita berbicara tentang Imam Mahdi, Dajjal dan kiamat, tetapi dalam masa yang sama:<\/p>\n\n\n\n
\u2022 Solat diabaikan.
\u2022 Lidah tidak dijaga.
\u2022 Fitnah bertebaran.
\u2022 Persaudaraan sesama umat Islam retak dan berpecah.<\/p>\n\n\n\n
Ilmu tanpa amal hanya akan membawa kepada kekeliruan dan perbalahan.<\/p>\n\n\n\n
Sesekali timbul persoalan: bilakah kiamat akan berlaku? Adakah konflik di Iran tanda semakin hampirnya saat tersebut? Jawapannya telah jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud:<\/p>\n\n\n\n
\u201cMereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut\u2026”(QS Al \u2013 A\u2019raf: 187).<\/p>\n\n\n\n
Ini adalah prinsip asas dalam akidah. Tarikh dan waktu kiamat adalah rahsia Allah SWT. Tugas kita bukan meneka-neka, tetapi mempersiapkan diri. Memang tidak dapat dinafikan, konflik yang berlaku di Iran dan beberapa wilayah di Timur Tengah menimbulkan kebimbangan dan keresahan. Sebagai umat Islam, kita bersimpati dan mendoakan keamanan buat mereka yang terkesan.<\/p>\n\n\n\n
Namun, respons terbaik bukanlah menyebarkan teori tanpa sandaran atau mengaitkan setiap peperangan dengan kemunculan Imam Mahdi secara pasti. Sebaliknya, kita hendaklah:<\/p>\n\n\n\n
\u2022 Berdoa agar Allah SWT memperkukuhkan iman kita.
\u2022 Memohon agar dipelihara daripada fitnah akhir zaman.
\u2022 Menguatkan persaudaraan dan kasih sayang sesama manusia.<\/p>\n\n\n\n
Persiapan menghadapi akhir zaman bukanlah dengan spekulasi yang tidak berasas atau sumber yang tidak sahih. Sebaliknya, persiapan terbaik ialah:<\/p>\n\n\n\n
\u2022 Mengimarahkan masjid di kawasan masing-masing.
\u2022 Mendalami ilmu agama daripada guru yang muktabar.
\u2022 Memperbaiki akhlak dan hubungan sesama manusia.
\u2022 Memperbanyakkan amal soleh.<\/p>\n\n\n\n
Inilah bekalan sebenar yang akan menyelamatkan kita, bukan sekadar mengikuti perkembangan semasa lalu membuat kesimpulan tergesa-gesa.<\/p>\n\n\n\n
Fenomena gerhana, konflik antarabangsa dan perbincangan tentang Imam Mahdi adalah isu yang sering berulang saban tahun, khususnya di bulan Ramadan. Namun sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah, kita wajib memperbetulkan kefahaman.<\/p>\n\n\n\n
Gerhana adalah tanda kebesaran Allah. Konflik adalah ujian dunia. Kiamat pula adalah rahsia Allah SWT. Yang paling penting bukanlah mengetahui bila ia berlaku, tetapi memastikan apabila ia berlaku, kita berada dalam keadaan iman yang kukuh dan amal yang diterima. Semoga Allah SWT
memelihara kita daripada fitnah akhir zaman dan mengurniakan kefahaman agama yang sahih serta menenangkan hati-hati kita dengan iman. Aamiin.<\/p>\n\n\n\n
Sumber: TikTok Ustaz Elyas Ismail dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
Saban tahun, khususnya apabila menjelang bulan Ramadan, akan timbul pelbagai perkongsian dan perbincangan di media sosial yang mengaitkan fenomena alam seperti gerhana dengan peristiwa besar akhir zaman. Ramadan kali ini juga tidak terkecuali apabila kita berhadapan dengan fenomena gerhana bulan merah. Ditambah pula dengan konflik yang sedang berlaku di Iran dan beberapa negara Timur Tengah, […]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9588,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[879,208,2209,2212],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9584"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9584"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9584\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9585,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9584\/revisions\/9585"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9588"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9584"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9584"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9584"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}