{"id":9915,"date":"2026-05-19T12:34:35","date_gmt":"2026-05-19T04:34:35","guid":{"rendered":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=9915"},"modified":"2026-05-19T12:34:36","modified_gmt":"2026-05-19T04:34:36","slug":"pendermaan-organ-menurut-perspektif-islam-antara-keharusan-dan-tuntutan-memelihara-nyawa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/?p=9915","title":{"rendered":"PENDERMAAN ORGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: ANTARA KEHARUSAN DAN TUNTUTAN MEMELIHARA NYAWA"},"content":{"rendered":"\n<p>Mutakhir ini, ramai yang mempersoalkan apakah hukum mendermakan organ selepas seseorang meninggal dunia. Isu ini sering menjadi perbincangan dalam masyarakat kerana ia melibatkan soal kemanusiaan, agama dan maruah jasad manusia. Dalam Islam, setiap perkara yang berkaitan dengan tubuh badan manusia perlu diteliti dengan penuh hikmah dan berpandukan nas syarak serta pandangan ulama yang muktabar.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam isu pendermaan organ, terdapat dua pandangan hukum yang dibincangkan oleh para ulama. Pandangan pertama mengharuskan pendermaan organ dengan syarat-syarat tertentu. Antaranya ialah penderma telah memberikan keizinan sebelum meninggal dunia dalam keadaan waras, baligh dan tanpa paksaan, atau mendapat izin wali selepas kematiannya. Selain itu, pemindahan organ tersebut mestilah diyakini mampu memberikan manfaat dan kejayaan rawatan, dilakukan semata-mata untuk tujuan perubatan serta tidak melibatkan unsur jual beli organ.<\/p>\n\n\n\n<p>Pandangan yang mengharuskan ini bersandarkan kepada dalil daripada al-Quran yang menekankan kepentingan memelihara nyawa manusia. Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 32 bermaksud:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSesiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Ayat ini menunjukkan betapa besar ganjaran dan nilai menyelamatkan nyawa seseorang. Oleh itu, pendermaan organ dilihat sebagai satu bentuk amal kebajikan dan pengorbanan yang mampu memberi peluang hidup kepada insan lain yang memerlukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, terdapat juga pandangan kedua yang tidak mengharuskan pendermaan organ. Mereka berpendapat bahawa Islam melarang umatnya mencampakkan diri ke dalam kebinasaan, termasuk melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan tubuh badan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, mereka berhujah dengan sabda Rasulullah SAW:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMemecahkan tulang si mati sama seperti memecahkan tulang orang hidup pada hukum berdosanya.\u201d (HR Ibnu Majah).<\/p>\n\n\n\n<p>Hadis ini menunjukkan bahawa jasad manusia tetap perlu dihormati walaupun selepas kematian, dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, berdasarkan keputusan Fatwa Kebangsaan pada tahun 1970, hukum menderma organ selepas meninggal dunia adalah harus dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Keputusan ini selaras dengan maqasid syariah yang menekankan kepentingan memelihara nyawa manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, pendermaan organ boleh dianggap sebagai satu amalan mulia yang lahir daripada sifat kasih sayang, keprihatinan dan semangat tolong-menolong demi memberikan harapan baharu kepada mereka yang memerlukan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mutakhir ini, ramai yang mempersoalkan apakah hukum mendermakan organ selepas seseorang meninggal dunia. Isu ini sering menjadi perbincangan dalam masyarakat kerana ia melibatkan soal kemanusiaan, agama dan maruah jasad manusia. Dalam Islam, setiap perkara yang berkaitan dengan tubuh badan manusia perlu diteliti dengan penuh hikmah dan berpandukan nas syarak serta pandangan ulama yang muktabar. Dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9916,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[475,2313,2314],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9915"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9915"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9915\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9917,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9915\/revisions\/9917"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9916"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9915"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9915"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alhaqcentremalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9915"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}