Home Syiah KESESATAN SYIAH DALAM HAL IMAM MAHDI. SYIAH MEYAKINI BAHAWA KEBANGKITAN IMAM MAHDI...

KESESATAN SYIAH DALAM HAL IMAM MAHDI. SYIAH MEYAKINI BAHAWA KEBANGKITAN IMAM MAHDI ADALAH DARI KALANGAN IMAM SYIAH BUKAN DARI ASWJ

940
0

Pengikut Syiah berpendapat bahawa isu keghaiban Imam Mahdi (Imam Mahdi Syiah) adalah satu isu penting yang menjelaskan bahawa tiada seorang pun yang dapat melaksanakan tugas yang besar iaitu tugas melaksanakan keadilan dengan maknanya yang sebenar ke seluruh alam kecuali Imam Mahdi (Imam Mahdi Syiah iaitu Muhammad bin Hasan Al-Askari yang didakwa ghaib pada tahun 260H).

Kononnya menurut mereka, tugas ini hanya boleh dipikul oleh Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu dan disimpan oleh Allah S.W.T. untuk manusia. Mereka menuduh setiap nabi yang datang gagal untuk menegakkan keadilan dan melaksanakan tugas ini ke seluruh alam termasuklah Nabi Muhammad S.A.W.

Fahaman Syiah juga mendakwa bahawa orang-orang yang benar berjaya menepati sepenuhnya tugas tersebut dan melaksanakan keadilan ke seluruh alam adalah al-Mahdi al-Muntazar (Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu).

Kedudukan imam-imam Syiah juga dikatakan seperti kedudukan nabi-nabi bahkan mengatasi mereka. Oleh sebab itu, mereka mempercayai bahawa Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu itu adalah dalam kalangan imam-imam Syiah dan mereka berasa mulia dan serta bangga menganut Syiah kerana Imam Mahdi yang mereka dakwa adalah terdiri daripada golongan Syiah.

Sumber: Mukhtaaraat min Ahaadith wa Khitaabaat, al-Imam al-Khomeini, hal.42 dan buku ‘Syiah Komplot Tawan Dunia, Sheikh Abu Muhammad Musanna.