Home Ateis AWAS!!! JANGAN TERPENGARUH DENGAN E-BUKU – “PENIPUAN ALLAH” SEBARAN GOLONGAN ATEIS. IA...

AWAS!!! JANGAN TERPENGARUH DENGAN E-BUKU – “PENIPUAN ALLAH” SEBARAN GOLONGAN ATEIS. IA BOLEH MENDATANGKAN KERAGUAN UMAT ISLAM TERHADAP KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH

1283
0

E-buku bertajuk “Penipuan Allah” yang boleh dimuat turun di laman sesawang membuktikan bahawa terdapat segelintir pihak yang cuba mengelirukan masyarakat tentang kepercayaan kepada Tuhan terutamanya kepada pencipta sebenar, Allah S.W.T.

Pada masa yang sama di laman media sosial pengikut-pengikut yang ingin mencemarkan nama baik agama Islam ini turut mempromosikan buku ini supaya dapat capaian yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Ini merupakan agenda golongan ateis untuk menimbulkan keraguan umat Islam di negara ini terutamanya golongan muda, terhadap keyakinan mereka tentang kewujudan Allah

Menurut Hamka:

“Ada golongan yang mengaku pintar, mengatakan bahawa mengingkari Tuhan dia menjadi orang merdeka dan menghidupkan budi pekerti mulia, menegakkan kesopanan dan mengangkat kedudukan suatu bangsa. Kerana kepercayaan yang salah itu banyak tersiar, terbuktilah kerosakan negeri dan bangsa, rakyat dan pemerintah sama-sama kehilangan pegangan”

Kata-kata mendalam Hamka tersebut menggambarkan kerosakan bukan sahaja berlaku pada seseorang individu yang tidak mempercayai Tuhan, malah satu bangsa turut akan rosak dan cenderung untuk terpengaruh dengan fahaman ateisme sekira ianya tidak dibendung.

Golongan berfahaman ini bersifat agnotisisme iaitu sikap yang menilai segala sesuatu berkenaan dengan Tuhan tidak mungkin boleh difahami, maka tidak perlu untuk difikirkan. Satu penyelidikan mengenai Global Index of Religiousity and Aetheism 2012 menggambarkan perkembangan membimbangkan. Kajian membabitkan 50,000 peserta dari 57 negara mendapati rakyat di beberapa negara Islam yang dianggap konservatif dan kuat beragama sudah ramai dan berani mengakui secara terang-terang bahawa mereka memang ateis.

Perkara yang menarik perhatian mengenai data ini turut menunjukkan bahawa antara semua agama, penganut Islam dan Hindu yang tertinggi mengakui ateis iaitu sebanyak tiga peratus, sedangkan penganut agama Yahudi dua peratus, Katolik dan Protestan masing-masing satu peratus sahaja.

Sumber: Suara.com 10 Julai 2019, Berita Harian 30 Julai 2016, Dr. Hamka Tasauf Moden