Home Ajaran Sesat MELAMBUNG BAYI SAMBIL MENGUCAPKAN “AAMIIN” BERAMAI-RAMAI!!! AMALAN KHURAFAT YANG BOLEH MENJEJASKAN AKIDAH...

MELAMBUNG BAYI SAMBIL MENGUCAPKAN “AAMIIN” BERAMAI-RAMAI!!! AMALAN KHURAFAT YANG BOLEH MENJEJASKAN AKIDAH KERANA MEMPERCAYAI KELEBIHAN TERTENTU AKIBAT AMALAN TERSEBUT – HENTIKAN AMALAN KARUT INI!!!

396
0

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan seorang Jemaah di sebuah surau yang tidak tahu lokasinya telah melakukan upacara melambung-lambung seorang bayi dengan jarak yang agak tinggi sambil disambut lafaz ‘amiinn’ oleh Jemaah lain. Upacara tersebut dikatakan dibuat terhadap bayi yang baru lahir atas kepercayaan bayi tersebut boleh menjadi wali apabila besar nanti.

Perbuatan tersebut yang dilakukan oleh sekumpulan Jemaah yang bersongkok, berbaju melayu, berkain pelekat dan di dalam masjid boleh dianggap upacara tersebut dilakukan oleh orang Islam. sekiranya benar, maka perbuatan ini boleh dianggap sebagai perbuatan khurafat dan karut. Bukan sahaja salah dari sisi agama Islam, malah dari sudut perubatan juga tidak dianjurkan perbuatan melempar bayi dari tempat yang tinggi kerana akan menjejaskan kesihatan dan mengundang bahaya kepada bayi tersebut.

Di India terdapat upacara yang sama melempar bayi dari ketinggian 10meter dan menjadi adat di wilayah Maharashtra dan Karnataka. Bayi tersebut perlulah berumur lebih dari dua bulan, kemudian dilemparkan dan dijatuhkan di selimut yang dibentangkan seterusnya diserahkan kepada ibunya. Ritual yang telah berlaku semenjak 700 tahun dahulu dipercayai dapat menyembuhkan sebarang penyakit, memberi keuntungan dan tanda kepercayaan kepada Tuhan.

Perkara ini secara jelasnya adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Janganlah kerana adat agama dipertaruhkan. Fikir-fikirkanlah sebelum melakukan sesuatu perkara kerana dikhuatiri boleh jatuh murtad kerana kesesatan yang diamalkan dek kerana adat dturun temurun.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia dan ohmymedia.com