Home Syiah AWAS PENIPUAN SYIAH!!! RUKUN ISLAM SYIAH MEMPERCAYAI IMAMAH JELASNYA BERCANGGAH DENGAN SYARIAT...

AWAS PENIPUAN SYIAH!!! RUKUN ISLAM SYIAH MEMPERCAYAI IMAMAH JELASNYA BERCANGGAH DENGAN SYARIAT ISLAM SEBENAR, JADI MENGAPA LAGI MASIH TERPENGARUH DENGAN IDEOLOGINYA?

237
0

Ketua Jurucakap Syiah, Kamil Zuhairi bin Abdul Aziz suatu ketika dahulu pernah menghadiri Majlis Dialog Tertutup bersama pengikut Syiah pernah berkata bahawa persoalan Imamah iaitu pelantikan Saidina Ali dan keturunannya sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW adalah merupakan soal akidah, bukannya furu’ (cabang). Hal ini bermakna, menolak kepercayaan terhadap Imamah boleh membawa kepada kekufuran atau terkeluar daripada Islam kerana ia merupakan rukun Islam yang pertama bagi Syiah.

Dalam buku ‘Inilah Khulafa’ Ar-Rasyidin Rasul!!’ karya Khair Izzah, penulis telah menafikan kekhalifan tiga orang khalifah yang terdiri daripada sahabat nabi iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman. Antaranya Syiah menuduh bahawa Abu Bakar adalah perampas jawatan khalifah yang sepatutnya disandang oleh Saidina Ali. Mereka turut menuduh Umar sebagai pengkhianat Nabi SAW kerana telah mengharamkan nikah mut’ah, manakala Uthman pula didakwa kononnya melarang melakukan perbuatan Sunnah.

Pelbagai tuduhan Syiah dan pegangan ideologi Syiah ini ternyata amat terpesong dari syariat Islam sebenar. Ingatlah bahawa Syiah dahulunya pernah membuat ‘onar’ di Malaysia sehingga memberi ancaman kepada keselamatan negara. Sebagai contoh dalam buku Syiah Melayu berjudul Salafi Wahabi yang disebarkan di masjid-masjid tanpa nama dan penerbit telah menyeru untuk menghapuskan golongan yang menentang Syiah atas alasan bersekongkol dengan Wahabi, Yahudi dan Amerika. Bukan itu sahaja, malah pengaruh Syiah melalui para pelajar yang belajar di Iran dengan penubuhan hauzah (rumah ibadat Syiah) sebagai pusat aktiviti dan operasi Syiah telah menghuru-harakan keharmonian dalam masyarakat Malaysia yang berpegang kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Justeru itu, pemantauan berterusan adalah satu langkah yang baik sebagai satu solusi dari mengulangi sejarah buruk ancaman keselamatan daripada pengikut Syiah. Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia juga telah menetapkan bahawa ajaran Islam selain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam. Jelasnya akidah yang dipegang Syiah bertentangan dengan syariat Islam sebenar seperti menghina sahabat Nabi, taksub kepada individu tertentu sehingga diangkat dan disembah, jadi mengapa lagi perlu terfikir untuk mempercayai penipuan Syiah?

Sumber: Jurnal Aqidah : Pegangan Akidah Syiah di Malaysia