Home KRISTIANISASI KERJAYA ‘INFLUENCER’ DIMANIPULASI MISIONARI KRISTIANISASI DEMI MENYEBAR DAKYAH DAN MENGGOYAHKAN AKIDAH UMAT...

KERJAYA ‘INFLUENCER’ DIMANIPULASI MISIONARI KRISTIANISASI DEMI MENYEBAR DAKYAH DAN MENGGOYAHKAN AKIDAH UMAT ISLAM

483
0

Fenomena terkini memperlihatkan di setiap peringkat lapisan umur dari kanak-kanak sehinggalah dewasa, cuba menceburkan diri sebagai pempengaruh (influencer). Ia boleh dikategorikan sebagai sebuah kerjaya di zaman modernisasi ini memandangkan aktiviti tersebut mampu menjana pendapatan yang lumayan. Hasilnya dapat mengumpul pengikut yang ramai dan boleh mempengaruhi pengikutnya berdasarkan tindakan, percakapan atau hujah yang dilontarkan berkenaan sesuatu produk atau isu. Bagi seseorang yang murtad, hal ini menjadi satu strategi yang dirancang missionari Kristianisasi untuk menularkan video dan mempromosikan kelebihan diri sebagai seorang yang telah bebas dari agama Islam.

Mengaku sahaja sebagai ‘ex-Muslim’, pasti pandangan mereka dipandang serius seolah-olah mereka ingin menggambarkan bahawa segala hujah mereka boleh dipercayai. Terdapat banyak video-video di ‘channel-channel’ Youtube yang tular dan menjadikan mereka terkenal disebabkan status yang dibawa. Contohnya seperti, ‘Sarah Haider on being ex-Muslim’, Rescuing ex-Muslims: Leaving Islam’, Becoming ex-Muslim: The secret group of young Australians who’ve left Isla’ ‘Ex-Muslims share their experiences’ dan sebagainya. Propaganda seperti ini nampaknya berjaya meraih jumlah tontonan yang tinggi sehingga mereka mampu meraih pendapatan melebihi kerjaya profesional.

Ternyata, propaganda dan dakyah misionari Kristianisasi yang cuba memanipulasikan label ‘ex-Muslim’ ini adalah salah satu daripada usaha mereka untuk menjatuhkan agama Islam. Pembongkaran demi pembongkaran telah diwar-warkan melalui pelbagai medium. Misalnya melalui ‘hashtag please respect’ yang diperkenalkan oleh Asadullah Ali-al-Andalusi yang membongkar hipokrasi dan menjatuhkan logik golongan ‘ex-Muslim’. Seharusnya kita sebagai umat Islam mencontohi beliau yang merupakan bekas sekular liberal kemudian memeluk Islam, untuk sama-sama berjuang mempertahankan maruah Islam dan akidah umat Islam secara berterusan dengan cara yang berhikmah tanpa perlu adanya pertumpahan darah. Matlamat tercapai, kesejahteraan pun terjaga. Renung-renungkan.

Sumber: Fakir Ilmu