Home Syiah SAIDINA ALI RA TURUT MELAKNAT GOLONGAN SYIAH!!! MENGAPA UMAT ISLAM MASIH TERPENGARUH...

SAIDINA ALI RA TURUT MELAKNAT GOLONGAN SYIAH!!! MENGAPA UMAT ISLAM MASIH TERPENGARUH DENGAN KESESATAN IDEOLOGINYA?

530
0

Sebahagian ulama berpendapat, pengasas utama Syiah adalah Abdullah bin Saba’ yang berpura-pura menganut Islam tetapi hakikatnya adalah ‘duri dalam daging’ bagi umat Islam. Sejarah ini disokong oleh kebanyakan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah sendiri kerana antara puak-puak Syiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak as-Saba’iah.

Terdapat satu peristiwa yang berlaku ketika Abdullah bin Saba’ bertemu dengan Saidina Ali r.a: “Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan).” Beliau mengulanginya beberapa kali. Maka Saidina Ali r.a berkata: “Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu).” Saidina Ali ra bertanya: “Siapakah aku yang sebenarnya?” Lalu Abdullah bin Saba’ berkata lagi: “Kamulah Allah!” Lantaran kata-kata Abdullah bin Saba’ tersebut, maka Saidina Ali r.a telah memerintahkan menterinya untuk membakar golongan Syiah Saba’iah tersebut yang tidak mahu bertaubat daripada pegangan sesat mereka itu.

Jelaslah dilihat bahawa pada asalnya golongan Syiah mahu mempertahankan Saidina Ali dan Ahlul Bait Rasulullah SAW, namun semangat kecintaan tersebut telah diselewengkan oleh beberapa ideologi sesat yang telah dibawa masuk melalui para munafik. Oleh itu, berhatilah-berhatilah menghadapi tentangan ideologi Syiah ini kerana ianya boleh membawa pada percanggahan dalam masalah akidah dan pelbagai masalah fiqh.

Sumber: Buku Adakah Aku Mengenalimu Syiah? -MAIS