Home Ektremisme/radikalisme KELDAI AKAUN DUIT MUDAH – MASA DEPAN TERGADAI

KELDAI AKAUN DUIT MUDAH – MASA DEPAN TERGADAI

6
0

Trend pelajar IPT menjadi “keldai akaun” semakin membimbangkan apabila sindiket penipuan dalam talian menjadikan golongan muda sebagai sasaran. Mereka dipujuk dengan tawaran imbuhan lumayan hanya untuk “meminjamkan” akaun bank bagi tujuan menerima dan memindahkan wang haram. Hakikatnya, tindakan ini menjadikan pelajar sebagai perantara jenayah tanpa mereka sedari, sekali gus membuka ruang kepada penglibatan lebih serius dalam aktiviti penipuan (scam).

Risiko yang dihadapi bukan kecil, pemilik akaun boleh didakwa di bawah undang-undang walaupun tidak menipu secara langsung. Mereka berdepan kemungkinan penjara, denda serta rekod jenayah yang menjejaskan masa depan. Selain itu, akaun bank boleh dibekukan, simpanan disiasat, malah individu juga berisiko diperas ugut oleh sindiket. Dari sudut agama, perbuatan ini jelas haram kerana termasuk dalam membantu kejahatan dan penipuan, walaupun hanya “menumpangkan” akaun.

Rakyat Malaysia, khususnya pelajar IPT, perlu lebih peka dan berwaspada terhadap taktik licik sindiket ini. Jangan mudah terpedaya dengan janji imbuhan segera kerana risikonya jauh lebih besar daripada keuntungan sementara. Lindungi diri, jaga akaun bank sendiri dan laporkan sebarang tawaran mencurigakan kepada pihak berkuasa. Kesedaran hari ini adalah benteng untuk elakkan penyesalan seumur hidup.