Home Liberalisme AWAS DENGAN KEMPEN ‘BENDERA HITAM’!!!! GOLONGAN LGBT MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK TURUT BERKEMPEN...

AWAS DENGAN KEMPEN ‘BENDERA HITAM’!!!! GOLONGAN LGBT MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK TURUT BERKEMPEN SUPAYA RAKYAT MENYOKONG LGBT DAN KERAJAAN MENGIKTIRAF MEREKA

1442
0

Selepas tular kempen mengibarkan ‘bendera putih’ sebagai manifestasi rakyat bersolidariti untuk mengajak seluruh warga negara ini turut sama membantu mereka yang sedang berada dalam keadaan terdesak dan memerlukan bantuan. Berikutan krisis COVID-19 berlarutan dan ekonomi semakin buruk yang dialami sehingga mempengaruhi peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan masyarakat memberi kesedaran kepada masyarakat lain untuk bersolidariti membantu sesama rakyat yang dikatakan terus tertekan berikutan ‘perintah berkurung’ yang tiada kesudahannya.

Disebabkan berlakunya peristiwa-peristiwa yang semakin menyayat hati dalam kalangan rakyat akibat kesan daripada pandemik covid-19 ini, kini wujud pula satu usaha yang dilakukan oleh badan sukarela iaitu Gerakan Media Sekretariat Solidariti Rakyat yang memulakan kempen mereka di laman sosial dengan mengibarkan ‘bendera hitam’ sebagai tanda protes terhadap kerajaan. Kempen ‘bendera hitam’ ini masih belum begitu jelas tujuannya. Namun ia digerakkan oleh pihak pembangkang yang cuba menyatakan protes mereka kepada kerajaan yang dikatakan ketidakcekapan kerajaan dalam mengurus dan membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik covid-19 ini.

Cuma yang jadi permasalahannya, kempen ‘bendera hitam’ ini turut diambil kesempatan oleh golongan LGBT yang berfahaman liberal dalam menekan kerajaan dan untuk menukar pucuk pimpinan yang ada sekarang bagi memberikan kebebasan dan mengiktiraf golongan LGBT yang didakwa semakin meningkat dan mempunyai pengaruh diperingkat antarabangsa. Difahamkan juga golongan LGBT ini merancang untuk mengadakan perhimpunan raksasa pada Ogos ini dan menyeru semua rakyat supaya menyambut gerakan ini dan terus menyokong kempen LGBT dalam mengibarkan ‘bendera hitam’ kononnya untuk menyedarkan para pemimpin Kerajaan PN supaya jangan sesuka hati menyusahkan rakyat dan menghalang kebebasan rakyat yang turut menyokong aktivis LGBT.

Penyebaran fahaman liberalisme adalah antara bentuk penghinaan terhadap agama Islam yang paling banyak berlaku semenjak kebelakangan ini. Adaptasi peradaban Barat atau amalan-amalan daripada Barat bukanlah sesuatu perkara yang salah, malah ada juga yang telah diterima umum dalam masyarakat, namun ada sebahagiannya yang didapati jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh merosakkan akidah serta jati diri umat Islam seperti membentuk diri sebagai seorang LGBT.

Acuan pemikiran mereka adalah berpandukan logik akal semata-mata dalam memahami hal agama dan cuba memisahkan antara urusan agama dengan urusan dunia yang lain. Perkara-perkara ini berlaku sebenarnya disebabkan kesan modenisme semasa yang menyebabkan berkembangnya fahaman liberalisme dan idea kontroversi ini diketengahkan atas alasan menunaikan hak kebebasan individu.

Sumber: “Islam dan Liberalisme: Antara Maslahah dan Mafsadah”, Jurnal Afkar Vol. 20 (2018) dan Insider Malaysia- 3 July 2021