Home Kemanusiaan/Motivasi JADILAH MUSLIM PRIHATIN DENGAN MEMBANTU INSAN LAIN YANG MEMERLUKAN KERANA IA...

JADILAH MUSLIM PRIHATIN DENGAN MEMBANTU INSAN LAIN YANG MEMERLUKAN KERANA IA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA TUNTUTAN IMAN DAN AKAN MENDAPAT KASIH SAYANG ALLAH SWT

574
0

Islam telah mengajarkan kita untuk menjadi umat yang berguna bukan sahaja kepada ibu bapa dan keluarga, tetapi juga kepada masyarakat dan juga agama. Pernahkah kita terfikir sejenak, di sepanjang umur kita apa jasa dan sumbangan kita kepada kedua-duanya? Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.” (HR Bukhari dan Muslim).

Menjadi seorang Muslim yang berbakti itu tidaklah terlalu sukar dan tidak juga terlalu mudah. Akan tetapi ia memerlukan satu sifat istiqamah dan semangat yang kental dalam melaksanakannya. Ramai dalam kalangan umat Islam di Malaysia hari ini sudah mula menjalankan bakti mereka terhadap sesama Muslim.

Ada banyak pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh individu-individu untuk mencurahkan bakti sesama Muslim. Ini kerana mereka menyedari jika tidak ada siapa yang memulakan bakti mereka terhadap masyarakat dan agama tiada siapa yang akan memulakannya. Lagipula, ini merupakan sebahagian daripada tuntutan iman. Rasulullah SAW sendiri pernah memberitahu bahawa sesiapa dalam hidupnya sentiasa dapat memberikan manfaat kepada insan lain, dia sangat dicintai Allah SWT.

Oleh itu, marilah kita mantapkan diri kita dengan berbuat bakti terhadap masyarakat dan agama kita iaitu agama Islam. Manfaatkanlah hidup kita dengan sebaik-baiknya. Biarlah apa yang kita lakukan turut memberi manfaat kepada orang lain. Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna lagi teliti.” (HR Al-Baihaqi).

Sumber: Harian Metro (1 Januari 2019).