Home Kemanusiaan/Motivasi NORMALISASI DOSA DIKALANGAN UMAT ISLAM SEMAKIN PARAH!

NORMALISASI DOSA DIKALANGAN UMAT ISLAM SEMAKIN PARAH!

78
0

Akhir zaman ini, dapat kita lihat bagaimana manusia berlumba – lumba melakukan penormalisasian ke atas dosa – dosa mereka. Dalam erti kata lain, mereka bangga menayangkan dosa – dosa yang mereka lakukan di khalayak umum dan ini termasuklah ke dalam media sosial. Islam mengajarkan umatnya untuk tidak terlibat dalam perlakuan dosa apatah lagi menzahirkannya. Jika ingin bergurau sekalipun bukan dengan cara menzahirkan dosa, maksiat dan mempromosikan terma-terma negatif. Perkara sebegini perlu dibendung dan dielakkan agar tidak lagi timbul normalisasi dosa yang lain.

Adakah kita tahu bahawa dosa dan maksiat adalah penyebab turunnya azab Allah SWT? Allah SWT berfirman:

“Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.” (QS Al – Ankabut: 40).

Projek normalisasi adalah salah satu agenda golongan liberal sekular. Antara contoh normalisasi dosa beserta alasannya adalah:

  1. Melihat aurat – alasannya, macam mana nak tengok TV, jalan di shopping mall, dll. Takkanlah nak duduk rumah menghadap buku saja. Semua drama, movie ada buka aurat. Takkan nak duduk dalam gua.
  2. Mengumpat – alasannya, aku cakap perkara betul.
  3. Memfitnah – alasannya, aku cakap je, mana tahu betul?
  4. Perempuan menjadi model – alasannya, biasalah marketing dalam bisnes. Marketing kan tujuannya nak menarik perhatian prospek.
  5. Melihat seks kecil di tv seperti adegan bercumbuan – alasannya, ala, drama Melayu pun banyak juga aksi lucah kecil ni. Takkan nak kutuk drama korea, jepun, hollywood, bangla, dll je?
  6. Mengangkat orang kafir, menghina Muslim – alasannya, kita nak dakwah. Orang kafir lebih telus, orang Islam banyak korup. Dan orang islam patutnya tahu pasal islam, sebab tu boleh hina mereka.
  7. Pertahankan dosa / maksiat yang dibuat – alasannya, eleh, kubur masing-masing. Mak bapak aku pun tak marah. Kau peduli apa?

Apabila ramai manusia hilang sensitif iman, maka makin ramai orang buat. Akhirnya, kita pun tidak rasa apa-apa dosa bahkan merasakan ia seolah perkara yang halal pula. Jaga – jaga! Iman kita semua sedang diuji. Apa yang perlu kita lakukan adalah bertaubat dan akui kesalahan. Allah SWT itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Firman Allah SWT:

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu;” (QS Hud: 3).

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan