Home Kemanusiaan/Motivasi JAUHI SIFAT BERMUKA-MUKA DI DALAM MASYARAKAT KERANA IANYA AKAN MEYEBABKAN PERPECAHAN

JAUHI SIFAT BERMUKA-MUKA DI DALAM MASYARAKAT KERANA IANYA AKAN MEYEBABKAN PERPECAHAN

3550
0

Salah satu penyakit yang melanda masyarakat dalam negara pada hari ini adalah sifat bermuka-muka. Sifat bermuka-muka atau lebih tepat disebut talam dua muka ini terjadi apabila wujudnya perasaan hasad dengki yang menebal di dalam diri. Orang yang bermuka-muka adalah orang yang menyembunyikan apa yang ada di dalam hatinya ketika bertemu dengan seseorang atau sekelompok orang yang dia musuhi dengan mengatakan perkataan atau sikap yang berbeda dengan apa yang disimpan dalam hatinya.

Sikap bermuka-muka ini adalah suatu sikap yang sangat buruk di sisi agama dan moral. Hal ini kerana Islam tidak mengajar umatnya untuk saling berhasad dengi dan menjadi ‘batu api’ dalam kalangan masyarakat hingga menyebabkan perpecahan di kalangan mereka.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya daripada seburuk-buruk manusia di sisi ALLAH pada Hari Kiamat ialah mereka yang bermuka dua.” (HR at-Tirmidzi)

Hadis ini sudah cukup menggambarkan bahawa Allah sangat membenci para hambaNya menjadi seorang yang bermuka-muka untuk tujuan kepentingan diri. Ini kerana amalan sebegini akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam dan seterusnya membolehkan pihak musuh mencari jalan untuk menghancurkan lagi ikatan kepercayaan manusia terhadap agama ini.

Bagi seorang Muslim, tidak berburuk sangka terhadap saudara seagama dan berusaha menutup kelemahan orang lain kerana mereka menutup keaiban orang lain ketika di dunia, Allah SWT akan menutup keaibannya pada hari kiamat. Berita yang didengar tidak perlu dihebahkan kepada orang lain kerana ia mungkin mencetuskan permusuhan antara saudara seagama. Janganlah kita terlalu cepat menghukum disebabkan berita yang kita dengar.

Oleh itu, jalan selamat ialah bersikap mendiamkan diri dan jangan mudah menerima berita yang didengar serta menyebarkannya. Marilah kita sama-sama menggunakan segala nikmat yang dianugerahkan ke jalan yang diredai Allah SWT. 

Sumber: Berita Harian “Talam dua muka penyakit bahaya musnahkan ummah” (25 Jun 2011) Website People@UTM “Bermuka-muka Amalan Paling Buruk” (12 Disember 2017)