Home Hizbut Tahrir BAHAYA HIZBUT TAHRIR!!! MENGAMALKAN IDEOLOGI RADIKAL DAN EKSTREM MIRIP DAESH YANG BOLEH...

BAHAYA HIZBUT TAHRIR!!! MENGAMALKAN IDEOLOGI RADIKAL DAN EKSTREM MIRIP DAESH YANG BOLEH MENGGUGAT KEHARMONIAN DAN KESELAMATAN NEGARA

285
0

Pertubuhan Hizbut Tahrir merupakan satu pertubuhan tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tetapi bergerak secara aktif di Malaysia pada masa kini. 
Pertubuhan ini bermotifkan politik yang bertujuan untuk mengambil alih pemerintahan negara-negara di dunia khususnya  negara-negara di bawah pemerintahan Muslim bagi membentuk dan mengembalikan pemerintahan negara Islam berkhalifah. Namun, dalam hal kefahaman agama, ia didapati tersasar dari landasan kefahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ketika ini Hizbut Tahrir tidak terlibat atau dikaitkan dengan aktiviti radikalisme mahupun terorisme kerana di tahap awal pergerakan mereka ini, mereka masih memfokuskan kepada usaha berdakwah untuk mengajak masyarakat ikut serta bersama perjuangan mereka dalam  menegakkan sebuah Khilafah Islamiyah. Namun begitu, apabila mereka masuk ke fasa atau tahap yang seterusnya, pergerakan Hizbut Tahrir ini memang berpotensi untuk menjadi sebuah organisasi yang terlibat dengan aktiviti ekstremisme dan radikalisme berdasarkan ideologi dan perjuangan mereka itu.
Matlamat untuk menegakkan sebuah Khilafah Islamiyah yang diperjuangkan oleh Hizbut Tahrir adalah sinonim dengan perjuangan Daesh, cuma bezanya adalah manhaj atau kaedah bagi mencapai objektif mereka sahaja. Bahkan kefahaman mereka tentang sistem yang ada sekarang sebagai sistem kufur, bahaya dan kesyirikan demokrasi, pemerintah yang menggunakan sistem demokrasi dan mereka yang menyokong demokrasi sebagai jahiliyah dan kufur; sebenarnya sama dengan apa yang difahami oleh kumpulan militan seperti Daesh, al-Qaeda, Jemaah Islamiah dan lain-lain kumpulan militan dan teroris.
Penubuhan Hizbut Tahrir juga bertujuan untuk mengajak kaum muslimin kembali ke arah kehidupan Islamik mengikut hukum-hakam syarak yang ditetapkan. Pemimpinnya kelak adalah seorang Khalifah yang diangkat dan dibai’at oleh kaum Muslimin untuk ditaati dan seterusnya mengembangkan doktrinnya ke seluruh dunia melalui dakwah dan jihad. 
Seruan ini juga mirip sepertimana yang dilakukan Daesh al-Qaeda, Jemaah Islamiyah dan kumpulan teroris yang lain.  Contohnya seperti kumpulan Daesh pada tahun 2014 dahulu di mana mereka menyeru agar umat Islam berbaiah dengan Abu Bakar Al-Baghdadi sebagai seorang Khalifah yang memimpin sebuah Khilafah Islamiyah. Seruan begini juga dilakukan oleh kumpulan Hizbut Tahrir cuma bezanya mereka masih di peringkat awal dan lebih tumpukan supaya umat Islam menolak sistem yang ada sekarang dan menyokong sistem Khilafah yang mereka war-warkan.
Kebanyakan negara telah mengenakan larangan ke atas pertubuhan Hizbut Tahrir, namun aktiviti dan pergerakan mereka dilakukan secara ‘underground’ dan rahsia. Lain pula di Malaysia, aktiviti dan pergerakan Hizbut Tahrir dijalankan dengan bebas dan kini semakin menonjol di beberapa negeri seperti Selangor dan Johor. Kini aktiviti Hizbut Tahrir terutamanya majlis forum atau seminar tentang perjuangan Khilafah Islamiyah banyak berpusat di Bandar Baru Bangi.
Kemiripan pergerakan dan aktiviti Hizbut Tahrir yang selari dengan pergerakan dan aktiviti Daesh boleh dilihat sebagai satu ancaman yang mendatangkan bahaya kepada keselamatan negara. Adalah amat wajar pertubuhan Hizbut Tahrir yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Namun, kumpulan ini dilihat masih aktif menjalankan aktivitinya. Oleh itu, perlu terus dipantau mengenai pergerakan dan aktiviti yang dilakukan oleh mereka terutamanya aktiviti yang dibuat  secara rahsia.
Sumber: Terrorisme Observer, (12 November 2020)