Home Radikal AWAS!!! BAHAYA IDEOLOGI RADIKAL GOLONGAN KHAWARIJ

AWAS!!! BAHAYA IDEOLOGI RADIKAL GOLONGAN KHAWARIJ

1206
0

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W., golongan Khawarij merupakan golongan yang telah keluar menentang Saidina Ali kerana tidak bersetuju dengan keputusan beliau berkaitan dengan majlis Tahkim. Kemudiannya, istilah ini telah dikembangkan pengertiannya dalam kalangan sarjana yang membawa maksud sesiapa yang menentang secara bersenjata pemimpin yang benar yang disepakati oleh orang Islam sama ada pada zaman sahabat atau zaman selepasnya.

Ciri-ciri yang ada pada golongan Khawarij ialah memiliki nilai-nilai ekstremisme dalam beribadat sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W termasuklah melakukan keganasan (pembunuhan) dan telah direkodkan dalam sejarah. Sebagai contoh pembunuhan Abdullah bin Khubab dan sahaya perempuan beliau yang telah dibelah perutnya terlebih dahulu sebelum dibunuh.

Pada zaman moden, ideologi Khawarij ini terungkap dengan beberapa bentuk kefahaman. Antaranya ialah kefahaman yang menganggap satu-satunya cara untuk menegakkan sebuah negara Islam adalah melalui peperangan. Kefahaman dan dogma ini memberikam satu penekanan yang berlebihan terhadap keganasan melalui peperangan dan pembunuhan.

Ciri-ciri lain golongan Khawarij ini adalah mengkafirkan orang-orang Islam yang melakukan dosa besar. Menurut akidah mereka, Muslim yang berbohong adalah kafir. Begitu juga dengan Muslim yang berzina dianggap kafir dan keluar dari Islam.

Selain itu, salah satu ciri lain yang bahaya adalah mereka menyatakan keluar dari menta’ati pemerintah kaum Muslimin yang sah kerana menganggap pemerintah adalah ‘thaghut’ dan kafir yang boleh diperangi. Bahkan mereka menghalalkan darah kaum Muslimin yang tidak sefahaman dengan mereka. Golongan ini sangat bahaya dan perlu disekat supaya tidak berkembang dalam masyarakat umat Islam di dunia ini.

Siapa sebenarnya Khawarij di zaman moden ini???

Berdasarkan ciri-ciri tersebutlah jelas menunjukkan golongan Khawarij di zaman ini adalah kumpulan militan atau teroris yang mempunyai ideologi yang sangat ekstrem dan yang pastinya menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar. Kumpulan tersebut termasuklah kumpulan teroris Daesh, al-Qaeda, Jemaah Islamiah dan sebagainya. Selain itu, pertubuhan radikal lain seperti Hizbut Tahrir dan Syiah, walaupun belum melakukan tindakan keganasan di negara ini, perlu juga dipantau kerana ia mempunyai ideologi ke arah ideologi yang sama dengan kumpulan Khawarij yang dikategorikan sebagai kumpulan teroris tersebut.

Langkah-langjah pemantauan untuk membendung ideologi Khawarij dan radikal supaya tidak berkembang di negara ini sangat perlu diambil oleh pihak berkuasa supaya negara ini tidak mengalami semula ‘peristiwa berdarah’ seperti yang pernah berlaku sewaktu ketika dahulu dan yang berlaku negara-negara lain.

Sumber: Bahaya Ideologi Radikal, Takfir, Berita Harian, 2 Ogos 2018 dan Fitnah Kaum Khawarij Akhir Zaman, Republika Online.