Pada tahun 2009, seorang paderi Kristian bernama Benjamin Stephen, dalam ucapannya telah menyatakan bahawa sudah ada 10,000 orang Melayu yang sudah menerima Jesus sebagai Penyelamat atau Tuhan di negeri Johor. Paderi tersebut turut menyatakan bahawa di gereja-geraja lain di seluruh Semenanjung Malaysia, beliau sentiasa berjumpa dengan orang-orang Melayu yang sudah menerima Jesus.
Persoalannya, kenapakah sedemikian besar angka golongan Melayu Islam yang murtad ke agama Kristian tetapi tidak kelihatan dalam masyarakat umum secara zahirnya? Jawapannya telah disebut oleh seorang missionary Joshua Massey dalam penulisannya di dalam International of Journal Frontiers, 2000, Vol. 17(1) bahawa golongan tersebut menerima Jesus sebagai Tuhan tetapi mereka mengekalkan identiti mereka sama seperti orang Islam.
Mereka tidak ubah segala cara kehidupan kerana menganggap cara hidup Islamnya dulu itu dikekalkan hanya sebagai adat budaya sahaja. Mereka ini yang penulis telah dedahkan pada artikel-artikel lepas sebagai ‘Insider Movement’ atau ‘Muslim Background Believer’ (MBB).
Berdasarkan kenyataan paderi tersebut yang menyatakan angka hanya di Johor mencecah 10,000 orang, bagaimanakan sekiranya angka yang sama ada di setiap negeri lain? Bukankah angka golongan MBB ini boleh mencecah seramai 100,000. Angka ini adalah berdasarkan anggaran pada tahun 2009. Agaknya, bagaimana pula dengan tahun 2022 ini?
Tepuk dada tanya iman. apakah peranan kita sebagai seorang Muslim yang perlu kita jalankan. Bagaimanakah cara kita untun membendung diri dan keluarga dari terpengaruh dengan anasir negatif ini? Sama-samalah berganding bahu seluruh umat Islam dan bangsa Melayu demi menyelamatkan agama dan bangsa dari terus ‘dijajah’.
Sumber: akarimor.wordpress.com