Home Ajaran Sesat AWAS DENGAN RENCANA GERAKAN KRISTIANISASI MEMECAH BELAHKAN KESATUAN ISLAM

AWAS DENGAN RENCANA GERAKAN KRISTIANISASI MEMECAH BELAHKAN KESATUAN ISLAM

587
0

Kewujudan gerakan Kristianisasi sudah tentu bertujuan untuk menggagalkan gagasan kesatuan Islam dengan memecah-belahkan umat Islam sehingga mereka kekal tidak bernilai dan tidak berpengaruh. Perkara ini diakui sendiri oleh seorang paderi, Lawrence Brown, berkata: “Apabila umat Islam bersatu dalam sebuah kerajaan Arab, mereka akan menjadi kuasa yang paling berbahaya di dunia dan menjadi penghalang yang paling kukuh terhadap perjalanan Kristianisasi”.

Sebagai contoh, mereka telah mentafsirkan 100 juta naskah Kitab Suci Kristian iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru ke dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu dengan tujuan penyebaran ideologi. Jika diteliti juga isu-isu terkini, mengapa missionari Kristianisasi ini sanggup naik turun mahkamah demi menuntut penggunaan kalimah Allah? Sedangkan mereka tidak mengakui kekuasaan dan kebesaran Allah.

Bukankah ia menghairankan dan tidak masuk akal? Tidak lain tidak bukan sudah tentu kesanggupan missionari tersebut demi merosakkan akidah umat Islam. Dengan gaya hidup umat Islam kini yang dilihat sekadar Islam di dalam kad pengenalan sudah tentu terlalu mudah untuk terpengaruh dengan anasir sesat ini. Bukankah begitu? Fikirkan!

Sumber: Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran – 2010