Home MURTAD WASPADA KITAB INJIL VERSI KOMIK DI PASARAN!!! BAHANA JIKA TERUS DIBIARKAN GOLONGAN...

WASPADA KITAB INJIL VERSI KOMIK DI PASARAN!!! BAHANA JIKA TERUS DIBIARKAN GOLONGAN KRISTIAN MENYEBARKAN DAKYAH SECARA BERLELUASA TANPA SEKATAN

802
0

Baru-baru ini gempar di media sosial berkenaan penjualan Kitab Injil versi komik yang dikatakan dijual di kedai RM 2 secara berleluasa dan terbuka. Keadaan kedai serbaneka yang didapati sentiasa mempunyai ramai pelanggan termasuklah dari peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua, mencenderungkan pembelian kitab tersebut adalah tinggi memandangkan kandungan buku tersebut berbentuk komik yang sudah tentunya menjadi kegemaran ramai.

Dikhuatiri jika jatuh di tangan yang salah dan yang tidak mempunyai kefahaman yang kukuh terhadap ajaran Islam, sudah tentu mudah terpengaruh dengan dakyah misionari Kristianisasi tersebut. Persolannya, bagaimana perkara ini boleh terlepas dari tapisan pihak-pihak berwajib? Susulan daripada tularnya video tersebut juga sehingga kini tidak ada mana-mana pihak berwajib yang tampil memberi kenyataan mahupun amaran kepada pihak tersebut berkenaan pelanggaran penyebaran dakyah bukan agama Islam di tempat umum yang dilihat kelompok umat Islam dijadikan sebagai sasaran dakyahnya.

Justeru itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Menteri Agama, Kementerian Dalam Negeri, pengamal undang-undang dan lain-lain perlulah mengambil inisiatif untuk bertindak dalam menjamin kesejahteraan agama Islam di Malaysia. Mereka seharusya lebih sensitif dan cakna dengan perkara yang berlaku dalam masyarakat, bukan hanya menjawat jawatan tetapi tidak menjalankan amanah sepatutnya. Janganlah kerana kepentingan dalam politik dan takutkan kejatuhan pangkat sanggup mendiamkan diri yang akhirnya membiarkan agama digadaikan. Masyarakat telah menjalankan tanggungjawab mentularkan perkara ini, kini giliran pemimpin pula menjalankan tanggungjawab mereka kerana memelihara agama itu adalah prinsip maqasid syariah yang sangat penting dalam mentadbir urus sesebuah negara.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – MAC 2023 dan tiktok @MalayanCyberForces