Home Ajaran Sesat BAHAYA KEMUNCULAN SEMULA AJARAN SESAT SIHULK!!! MENDAKWA NABI SAW ADALAH TUHAN...

BAHAYA KEMUNCULAN SEMULA AJARAN SESAT SIHULK!!! MENDAKWA NABI SAW ADALAH TUHAN YANG ESA DAN MENYERU MASYARAKAT UNTUK MEMPERCAYAINYA

1846
0

Pada tahun 2021, ajaran sesat SiHulk pernah menggemparkan masyarakat apabila pengasasnya iaitu Suhaini bin Mohammad atau juga dikenali dengan nama SiHulk yang mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Tuhan yang Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Beliau juga yang merupakan calon PhD dan pengasas kepada produk SiHulk iaitu air hayat yang didakwa diperoleh dari Nabi Khidir menjadikan baginda mampu hidup hingga hari kiamat serta boleh digunakan untuk dalam pelaksanaan ritual menangkap jin ke dalam botol.

Hasil daripada usaha pihak-pihak yang bertanggungjawab, tanggal 22 Julai 2021 kumpulan ajaran sesat ini telah difatwakan haram, bahkan pengasas serta pengikutnya juga didakwa telah bertaubat. Namun, baru-baru ini tular dia buah video di media sosial yang mendakwa mereka merupakan pengikut ajaran SiHulk dan berpegang pada ideologi yang sama. Tanpa rasa malu atau takut dikecam, masing-masing yang berasal dari Johor dan Selangor itu turut memperkenalkan diri dan menyatakan benar ajaran tersebut. Pada masa yang sama mereka menyeru kepada masyarakat untuk sama mempercayai ajaran SiHulk.

Walau bagaimanapun, pengasas ajaran SiHulk, Suhaini, berkata melalui akaun Facebook nya bahawa beliau telah lama meninggalkan ajaran tersebut dan tidak terlibat dengan mana-mana individu yang mendakwa pengikut ajaran SiHulk. Pihak berwajib perlulah mengambil tindakan segera supaya tidak ada umat Islam termanipulasi fikirannya khususnya berkenaan perkara-perkara akidah.

Sedarlah bahawa sesiapa yang terbabit dalam kancah ajaran sesat, akidahnya akan terjejas iaitu ia boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus bukan sahaja dalam kesyirikan, malah boleh menyebabkan seseorang itu murtad iaitu terkeluar daripada Islam dan termasuk dalam kalangan orang yang kafir.

Tidak kira pangkat, tidak kira warna kulit, tidak kira bangsa, namun jika seseorang itu adalah beragama Islam, maka berpegang teguhlah pada ajaran yang sebenar (Ahli Sunnah Wal Jamaah) yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan. Maka tidak hairanlah jika ada golongan professional turut mudah terpengaruh dengan ajaran sesat, kerana iman itu bukan semudahnya untuk diwarisi tetapi ianya adalah hidayah yang perlu dicari. Renung-renungkan.

Sumber: Facebook iffat Muhammad, Facebook Suhaini Mohammad, Berita Harian, 30 Mei 2021 dan Jurnal Usuluddin Bil 26 [2007] 1-22, Universiti Darul Iman Malaysia