Home Kemanusiaan/Motivasi BUAT PARA WANITA YANG UZUR SYARIE DI BULAN RAMADAN LAKUKANLAH AMALAN –...

BUAT PARA WANITA YANG UZUR SYARIE DI BULAN RAMADAN LAKUKANLAH AMALAN – AMALAN INI AGAR MEMPEROLEH GANJARAN PAHALA SETARA DENGAN ORANG YANG BERPUASA

779
0

Setiap bulan pasti kaum wanita akan mengalami kitaran bulan haid dan ini termasuklah juga di bulan Ramadan. Pasti ada di antara mereka yang sedih setiap kali perkara itu berlaku kerana tidak dapat berpuasa penuh di bulan Ramadan sama seperti kaum lelaki. Ini kerana mereka berfikir pasti mereka tidak akan mendapat ganjaran pahala sama seperti orang yang berpuasa penuh. Tidak semestinya. Ketahuilah wahai kaum wanita, ada amalan-amalan yang boleh kita lakukan dan mendapat ganjaran sama seperti orang yang berpuasa. Antara amalan – amalan tersebut adalah:

1) Menyediakan makanan untuk orang yang berbuka ataupun bersahur. Ini seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (HR At – Tirmidzi).

2) Memperbanyakkan istighfar, berzikir dan meminta keampunan daripada Allah SWT.

3) Memperbanyakkan doa dan berselawat.

4) Memperbanyakkan sedekah. Sabda Rasulullah SAW:

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api.” (HR At – Tirmidzi).

5) Mendengar bacaan al – Quran dan tazkirah dengan niat untuk menambah ilmu pengetahuan yang lebih mendalam tentang pengetahuan agama. Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut Ilmu, nescaya Allah SWT menunjukkan jalan menuju syurga baginya”. (HR Muslim).

6) Selalulah tersenyum.

7) Membaca hadis dan tafsir al – Quran.

Mudah-mudahan, amalan yang disebutkan ini dapat membantu menjawab persoalan buat para wanita uzur di bulan Ramadan dan mengisinya dengan amalan baik lain yang bermanfaat. Semoga apa yang diamalkan oleh kita mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT, Aamiin.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan