Gerakan misionari Kristianisasi mula mengorak langkah aktif menyebarkan dakyahnya terutamanya dengan tujuan mempengaruhi seterusnya memurtadkan umat Islam semenjak mengalami pelbagai kekalahan selama dua abad pertama masihi (1099-1254 M). Mereka mengerahkan segala dana dan usahanya dalam usaha menguasai Bait al-Maqdis, sekaligus merebutnya dari kekuasaan umat Islam.
Seorang orientalis berbangsa Jerman berpendapat, wujud sikap permusuhan yang ketat antara Kristian dan Islam. Antaranya kerana ketika Islam tersebar pada abad pertengahan, agama ini telah membangun sebuah benteng pertahanan yang kukuh untuk menghalang penyebaran agama Kristian. Kemudian Islam tersebar ke pelbagai negara yang sebelumnya pernah bernaung di bawah kekuasaan Kristian.
Oleh sebab itu, umat Islam perlu sentiasa berwaspada dengan taktik-taktik halus musuh Islam. Kerana pada asasnya gerakan Kristianisasi bertujuan untuk menetapkan pengaruh Kristian Barat di negara-negara Islam. Kristianisasi merupakan langkah permulaan dan asas kepada penjajahan. Ianya juga merupakan penyebab utama lumpuhnya serta lemahnya kekuatan umat Islam. Banyak peristiwa telah terjadi terutamanya sebagaimana penaklukan laknatullah Israel terhadap Bait al-Maqdis, bukan sahaja telah merampas negara Islam, malah bertindak kejam terhadap ‘tuan tanah’ dan tidak malu mengiktiraf sebagai negaranya sendiri.
Justeru itu, umat Islam perlu bersatu padu dalam menangani musuh-musuh Islam. Cara tangani bukan hanya melalui peperangan, kadang-kala tanpa sedar minda kita ‘dijajah’ yang akhirnya melemahkan kekuatan iman dan akidah umat Islam. Apabila minda telah ‘dijajah’ maka mudahlah bagi golongan musuh Islam menjatuhkan agama dan umat Islam sekelip mata. Waspadalah.
Sumber: Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran