Home MURTAD AWAS GERAKAN DAKYAH PEMURTADAN!!! MENGUASAI ILMU AL-QURAN DAN SYARIAT ISLAM DEMI MEMANIPULASIKAN...

AWAS GERAKAN DAKYAH PEMURTADAN!!! MENGUASAI ILMU AL-QURAN DAN SYARIAT ISLAM DEMI MEMANIPULASIKAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM SETERUSNYA MEMURTADKAN

308
0

Dahulu kala bangsa Melayu di Tanah Air mungkin boleh berbangga dengan satu fakta yang turut diperakui oleh pihak gereja sendiri bahawa bangsa Melayu adalah satu-satunya bangsa di dunia ini yang paling sukar untuk mereka murtadkan menjadi penganut Kristian. Namun, fakta ini agak sukar untuk dipertahankan pada ketika ini setelah sekian abad menjadi satu bangsa yang berpegang teguh dengan akidah Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Raymond Lull, teologis dan penyair berbangsa Kristian menjadi pelopor gerakan missionari Kristianisasi (1232-1316M) berdakyah ke segenap penjuru memurtadkan umat Islam. Tiga asas perancangannya yang dijadikan sebagai panduan dan masih digunakan sehingga kini ialah seorang pendakyah mesti memahami Bahasa Arab dan seumpamanya dengan penuh komprehensif. Kedua, mereka juga mesti belajar dari bahan-bahan rujukan Islam bagi berhujah dengan orang-orang Islam. Ketiga, para missionari juga harus bersedia untuk berkorban sebagai ‘pengsaksian terhadap Jesus’. Malah bermula dari saranan beliaulah pusat-pusat pengajian Kristian mula mengajar Bahasa dan ilmu-ilmu Islam.

Justeru itu, apakah tindakan sebagai umat Islam untuk membenteng diri dari terpengaruh dengan dakyah Kristian ini? Jika musuh Islam juga gigih dan bersungguh-sungguh mentelaah sumber-sumber Islam seperti al-Quran dan hadis semata-mata untuk memanipulasikan serta menambah keraguan terhadap umat Islam sendiri, maka mengapa umat Islam hanya berdiam diri? walaupun menganut agama Islam semenjak lahir, tetaplah berusaha untuk mempertingkatkan ilmu berkenaan supaya pegangan teguh terhadap agama dan ajaran Islam tetap tersemat di dalam hati walau apa jua cabaran yang bakal dihadapi.

Sumber: Kertas Pembentangan Konvensyen Ilmuan Islam, Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)