Home Liberalisme BAHAYA PERANGKAP SAMAR ISLAM LIBERAL!!! ‘MEMANCING’ UMAT ISLAM DENGAN HAL DUNIAWI TANPA...

BAHAYA PERANGKAP SAMAR ISLAM LIBERAL!!! ‘MEMANCING’ UMAT ISLAM DENGAN HAL DUNIAWI TANPA SEDAR IDEOLOGINYA MENDAHULUI NAFSU DARI AGAMA

366
0

Gerakan Islam liberal mula muncul kononnya untuk menjadi neraca bagi menyeimbangkan wacana kewajipan dan kebebasan dalam Islam. Golongan Islam liberal memberi alasan sedemikian kerana bagi mereka Islam dipenuhi dan didominasi subjek fiqh, yang lebih memberi penekanan pada soal kewajipan dan halal haram, sehingga mengecilkan ruang perbincangan tentang hak asasi dan kebebasan.

Bukan itu sahaja, golongan Islam liberal turut menyanggah konsep penciptaan manusia untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada Tuhan kerana konsep ini dianggap memberikan gambaran bahawa manusia dan Tuhan itu adalah berseteru antara satu sama lain, maka manusia mesti ditundukkan. Bagi mereka tujuan tertinggi penurunan agama ialah bagi mengangkat martabat kemanusiaan kerana fokus pertama dalam agama ialah manusia itu sendiri, bukan semata-mata Tuhan.

Umat Islam sebenarnya telah sedar bahawa pengaruh liberal dalam Islam ini bukanlah satu fenomena yang baru dan misinya untuk membebaskan umat Islam dari belenggu kejumudan adalah dusta. Namun disebabkan terpengaruh dengan kepentingan duniawi (harta, pangkah, pengaruh), maka dengan mudahnya mendahului nafsu daripada agama. Seharusnya tetaplah berpegang teguh dengan pendirian sebagai seorang yang beragama Islam. Nescaya tidak akan rugi di dunia mahupun di akhirat.

Sumber: AL-Bayan – Siri 12: SS Dato’ Dr. Zulkifli al-Bakri