Home MURTAD SEJARAH MEMBUKTIKAN KEKUKUHAN UNDANG-UNDANG ISLAM BERJAYA MENGEKANG KEMURTADAN DAN MENGEKALKAN KEDAULATAN MELAYU-ISLAM

SEJARAH MEMBUKTIKAN KEKUKUHAN UNDANG-UNDANG ISLAM BERJAYA MENGEKANG KEMURTADAN DAN MENGEKALKAN KEDAULATAN MELAYU-ISLAM

176
0

Sejarah telah menunjukkan proses Kristianisasi yang dilakukan oleh gerakan misionari ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511M lagi. Mereka berazam untuk menukarkan agama orang Melayu kepada agama Kristian. Walau bagaimanapun, proses Kristianisasi di Tanah Melayu ini kurang berjaya kerana pada masa tersebut masyarakat Melayu Islam masih kuat berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan.

Selain itu, sistem perundangan Islam juga diperuntukkan dan dilaksanakan di negeri-negeri Melayu sebelum datangnya penjajah British. Sebagai contoh di Terengganu, Kelantan dan Kedah telah mengamalkan pentadbiran Islam, hukum syarak yang dilaksanakan dan hukum hudud, qisas, diyah dan takzir diperuntukkan. Begitu juga di Selangor, di Mahkamah Rayuan dalam kes Ramah lwn Laton, telah diputuskan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang-undang tersebut.

Namun, dengan kedatangan British dan pemakaian Kanun Keseksaan yang mengikut undang-undang di India dan England telah menyebabkan undang-undang Islam tidak lagi diikuti dan diamalkan di Tanah Melayu. Maka dari sinilah dapat dikenalpasti kelompongan yang menjadi penyumbang kepada peningkatan peratusan golongan Melayu-Islam bertukar agamanya hasil dari tiadanya undang-undang Islam yang kukuh seperti mana zaman dahulu. Jika tiada mana-mana pihak berasa tanggungjawab untuk menangani fenomena kemurtadan ini, maka agaknya apa akan terjadi kepada golongan Melayu-Islam yang dahulunya sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam?

Sumber: Kertas Kerja, Vot RMC – Universiti Teknologi Malaysia