Home Syiah IBNU SABA’ ADALAH SEORANG YAHUDI YANG MENGASASKAN MAZHAB SYIAH DAN BERPURA-PURA MEMELUK...

IBNU SABA’ ADALAH SEORANG YAHUDI YANG MENGASASKAN MAZHAB SYIAH DAN BERPURA-PURA MEMELUK ISLAM DEMI MENYESATKAN UMAT ISLAM

570
0

Ramai para pengkaji aliran pemikiran Islam menegaskan bahawa Ibu Saba’ adalah pengasas bagi mazhab Syiah. Dalam buku ‘al-Bazl al-Majhud fi Musyabahar al-Syiah bi al-Yahud’, karangan Syeikh Ahmad Jumali, menyatakan bahawa Abdullah bin Saba’ adalah seorang yahudi daripada Yaman dan pengasas kepada kumpulan Syiah Saba-iah iaitu golongan Syiah pelampau. Dia didakwa berpura-pura memeluk Islam pada penghujung zaman pemerintahan Saidina Uthman r.a dan menjelajah ke kota-kota Islam dalam percubaannya untuk menyesatkan umat Islam.

Bibit-bibit kelahiran fahaman Syiah dan asal-usul prinsipnya lahir dari golongan Syiah Saba-iah melalui pengakuan buku-buku muktabar Syiah sendiri yang mengatakan bahawa Ibnu Saba’ adalah orang pertama yang menzahirkan penghinaan terhadap para sahabat Nabi SAW iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman r.a. Bermula dari Ibnu Saba’ laknatullah inilah bermulanya fitnah terhadap para Khalifah Islam yang dikatakan telah merampas jawatan Khalifah daripada Ali r.a dan sehingga kini prinsip ini dipegang oleh mana-mana kumpulan berfahaman Syiah.

Biarpun sebahagian prinsip akidah bagi Syiah lahir dari Ibnu Saba’, tetapi ianya tidaklah sehingga membentuk kumpulan atau nama “tasyayyu’” (sikap mendukung Ali r.a secara menyeluruh sebagai pemimpin setelah Rasulullah SAW). Namun setelah berlakunya pelbagai peristiwa seperti perang Siffin, peristiwa pembunuhan kejam ke atas rombongan Saidina Husain di Karbala yang mula mendatangkan kekeliruan dari segi akidah dan pandangan serong dari orang bukan Islam terhadap Islam, Syiah mula menonjol sebagai satu kumpulan yang berkembang membentuk seakan satu mazhab muktabar berdasarkan prinsip tersendiri. Manakala pandangan yang dilontarkan oleh Ibnu Saba’ mula mendapat tempat dalam pemikiran Syiah.

Sumber: Kertas Pembentangan Majlis Penjelasan Fatwa – Ustaz Hj Dr Zamihan