Home Ektremisme/radikalisme JANGAN TERPENGARUH PROPAGANDA BARAT!!! ISTILAH ISLAMOFOBIA CIPTAAN BARAT BERTUJUAN MEMBERI IDENTITI...

JANGAN TERPENGARUH PROPAGANDA BARAT!!! ISTILAH ISLAMOFOBIA CIPTAAN BARAT BERTUJUAN MEMBERI IDENTITI BURUK PADA AGAMA DAN UMAT ISLAM

310
0

Islamofobia bermaksud ‘takut, benci dan prejudis keatas agama Islam dan penganutnya’. Islamofobia ini selalunya dikaitkan dengan geopolitik dan perbuatan yang dilakukan iaitu teroris. Rakyat dari negara Arab dan Asia termasuklah Malaysia seringkali dicurigai kerana membawa imej dan identiti Islam.

Penularan budaya Islamofobia adalah ancaman terbesar yang dihadapi oleh negara-negara Barat pada masa ini. Islamofobia telah menjadikan keadaan di Barat tidak lagi selamat bagi umat Islam dan sentiasa berada dalam keadaan tidak tenteram.

Barat juga menterjemahkan islamofobia bukan sahaja merujuk kepada ketakutan dan kebencian, malah mempercayai bahawa Muslim itu cenderung untuk melakukan keganasan serta menolak amalan toleransi, kesamarataan serta demokrasi.

Terma yang dicipta oleh Barat ini dilihat memberikan implikasi negatif yang sangat besar bukan sahaja kepada agama Islam itu sendiri malah kepada penganutnya. Sebagai bukti, data yang dianalisis oleh Council on American-Islamic Relation (CAIR) telah menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan yang signifikan dalam bentuk serangan keatas umat Islam iaitu daripada 1,342 kes pada 2014 kepada 3,023 kes pada 2018.

Pada hakikatnya Islam itu tidaklah seperti disangka sebagai pengganas atau ektremis. Walhal perkataan Islam itu sendiri membawa maksud sejahtera dan tiada agama yang mengajak penganutnya untuk bersikap perkauman, termasuk agama Islam.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – OGOS 2023