Home Ektremisme/radikalisme KEKEJAMAN ISRAEL TURUT DIBOIKOT OLEH BANGSA YAHUDI AMERIKA SYARIKAT MEMBUKTIKAN TINDAKAN KEGANASAN...

KEKEJAMAN ISRAEL TURUT DIBOIKOT OLEH BANGSA YAHUDI AMERIKA SYARIKAT MEMBUKTIKAN TINDAKAN KEGANASAN TIDAK DITERIMA MANA-MANA AGAMA, BANGSA MAHUPUN WARNA KULIT

192
0

Isu penindasan dan rampasan tanah Palestin yang dilakukan oleh Zionis merupakan satu isu yang berlaku semenjak 70-80 tahun dahulu iaitu sejak rejim Zionis mengisytiharkan sebahagian tanah Palestin sebagai negara Israel pada tahun 1948. Berasaskan kandungan Kitab Torah, Kitab Bible versi Old Testament yang menyebut bahawa tanah tersebut telah diberikan oleh Tuhan kepada Kaum Yahudi yang dihalau daripada Mesir sekitar 1400 sebelum masihi, golongan kejam Zionis bertindak kejam yang pada pemahamannya untuk merampas semula tanah Palestin yang dianggap sebagai milik kaum Yahudi.

Penaklukan Palestin oleh golongan Zionis ini sangat disokong oleh penganut agama Kristian yang dikenali sebagai Christian Zionisme. Disebabkan itu juga negara-negara Kristian di seluruh dunia tidak menentang rampasan tanah Palestin dan kewujudan negara Israel kerana asas keperluan penubuhan negara Yahudi tersebut dikongsi oleh penganut kedua-dua agama. Dalam menjayakan misinya, di setiap negara berkuasa besar diletakkan institusi pelobi supaya menyokong dan membantu Israel termasuklah dari sudut bantuan ketenteraan serta pembangunan infrastruktur. Misalnya di Amerika Syarikat, The American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) adalah merupakan institusi pelobi yang sangat mempunyai kuasa dalam mengawal perjalanan politik dan perniagaan di Amerika Syarikat. Setiap calon presiden di Amerika Syarikat perlu menyokong agenda Zionis yang dibawa oleh AIPAC untuk mendapat sokongan daripada pengundi Yahudi dan menerima derma bagi kempen presiden mereka.

Namun, baru-baru ini terdapat sebuah pertubuhan kaum Yahudi di Amerika Syarikat yang menyokong perjuangan Palestin telah melancarkan satu kempen untuk memboikot AIPAC. Kempen tersebut bertujuan memberi kesedaran bahawa sokongan kewangan dan politik yang diberikan kepada kerajaan haram Israel telah menjadikan mereka sebagai rakan subahat dalam jenayah aparteid yang dilakukan ke atas rakyat Palestin. AIPAC juga didakwa bukan sahaja menyokong ekstremisme di Palestin, malah turut berlaku di Amerika Syarikat.Kesimpulannya, masyarakat mula membuka mata bahawa kekejaman Israel itu adalah satu tindakan di luar normalisasi kemanusiaan yang harus dikecam dan dihukum. Boikot terhadap apa sahaja agenda Israel termasuklah para pelobi Israel adalah satu langkah awal untuk mengawal tindakan kekejaman tersebut. Peristiwa ini juga menggambarkan bahawa tidak kira agama, bangsa mahupun warna kulit tetap tidak menerima tindakan keganasan Israel atas apa jua alasan sekalipun.

Sumber: PALM Strategic dan Penulisan Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia