Bagi rakyat Palestin, penubuhan negara Israel adalah diisytiharkan sebagai hari Nakhba atau hari malapetaka kerana ketika itulah secara rasminya rakyat Palestin kehilangan tanah yang dirampas oleh rejim Zionis. Malah Palestin pula dilabelkan oleh Israel sebagai ‘stateless’ atau tidak mempunyai warganegara dan terpaksalah lari ke negara-negara jiran dalam keadaan yang amat menyedihkan.
Sungguhpun Israel telah dapat apa yang diinginkan, namun golongan laknatullah ini tetap tidak berpuas hati dengan umat Islam. Sebagaimana baru-baru ini, 21 SEPTEMBER 2023, berlaku lagi pertempuran antara kedua pihak rentetan daripada kenyataan Menteri Keselamatan Awam Israel, Omer Bar-Lev, supaya menahan dan menghukum mati mana-mana rakyat Palestin yang didakwa melakukan kekerasan atau keganasan terhadap penduduk Yahudi. Kenyataan tersebut menggambarkan kesungguhan rejim Zionis untuk memburukkan ‘status quo’ menerusi pertumpahan darah rakyat Palestin.
Hasilnya, Palestin seperti tidak wujud, malah yang ada hanya ‘enclaves’ atau kepungan-kepungan perumahan di Semenanjung Gaza yang ditadbir oleh Hamas dan Tebing Barat ditadbir oleh Fatah, ketidak sehaluan Fatah dan Hamas diambil kesempatan oleh Israel dengan membuat penempatan haram, pelbagai ‘checkpoint’ pemeriksaan antara Semenanjung Gaza dan Tebing Barat demi memastikan rakyat Palestin tidak bersatu. Apabila berlaku pemberontakan atas faktor kehidupan yang menyiksakan dan penindasan melampau, tentera Israel akan menyerang balas dengan mengebom kawasan di Gaza degan alasan rakyat Palestin yang memulakan serangan. Realitinya, mereka telah dengan sengaja memastikan kehidupan rakyat Palestin terseksa supaya rakyat Palestin bangkit dan ia dijadikan alasan untuk Israel mengebom Gaza.
Justeru itu, tetap bersatu teguhlah dalam mempertahankan agama dan kedaulatan negara. Sebarang provokasi dan hasutan demi menegakkan pendirian politik nampaknya semakin ekstrem berlaku di dalam Malaysia. Janganlah sampai tergadai agama, negara mahupun nyawa demi kepentingan diri. Bukan mudah untuk mendapat sebuah kemerdekaan, dan bukan mudah jua untuk dipertahankan. Ambillah pengajaran dari kisah yang lalu dan kisah penduduk Palestin. Sesungguhnya musuh-musuh Islam itu hanya menunggu ruang dan peluang untuk menghancurkan umat dan agama Islam. Renung-renungkan.
Sumber: Berita AlHijrah – 21 SEPT 2023 dan Jurnal Komunikasi dan Media Baharu -USIM