Home MURTAD FAHAMI ERTI MELAYU-ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN!!! TINDAKAN MURTAD AKAN MENAFIKAN HAK ANDA SEBAGAI...

FAHAMI ERTI MELAYU-ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN!!! TINDAKAN MURTAD AKAN MENAFIKAN HAK ANDA SEBAGAI WARGANEGARA DAN MELAYU BAKAL HILANG DI DUNIA

286
0

Bangsa Melayu khususnya di Malaysia adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam Perlembagaan Malaysia untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya. Istilah Melayu dijelaskan sebagai seorang yang menganut agama Islam. Islam dan Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan. Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu iaitu seseorang yang menganuti agama Islam dan Melayu serta bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam dan perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.

Oleh sebab itu, apabila berlakunya kes-kes pertukaran agama yang melibatkan kelompok Melayu-Islam maka ianya dianggap sebagai sebuah isu yang sensitif dan tidak dibincangkan secara terbuka kerana jelasnya melanggar perlembagaan (Melayu-Islam) apatah lagi menyalahi syariat. 10 tahun lalu sekitar 2010 ada didedahkan statistik Melayu Islam seramai 100,000 yang telah mengisytiharkan diri sebagai murtad dan 100,000 lagi sedang membuat permohonan menunggu untuk murtad termasuklah permohonan untukmenukar nama Islam di dalam kad pengenalan kepada nama anutan terkini. Belum lagi termasuk mana-mana Melayu-Islam yang langsung tidak solat, tidak puasa dan menentang semua hukum Islam (liberal) dan sebagainya.

Jika tiadanya cakna dari pihak berwajib khususnya, maka apa akan terjadi pada bangsa Melayu dan umat Islam itu sendiri di Malaysia? Maka hilanglah Melayu di dunia, terhapuslah umat Islam di Malaysia. Tanah Melayu yang diperjuangkan pasti sia-sia sedangkan ianya adalah tanah keramat yang memperkukuhkan perundangan Islam dan mengangkat Melayu di mata dunia. Bangsa terpelihara agama terjaga.

Sesungguhnya gejala murtad ini perlu dilihat sebagai satu bentuk ancaman yang sangat membahayakan akidah masyarakat dan membawa kepada kehancuran umat Islam. Sepertimana firman Allah SWT dalam Surah ali-Imran, ayat 85, maksudnya:
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”.

Sumber: Kertas Kerja Vot RMC -UTM