Home Kemanusiaan/Motivasi OPERASI ‘TAUFAN AL – AQSA’ : SOLIDARITI MALAYSIA BERSAMA GAZA

OPERASI ‘TAUFAN AL – AQSA’ : SOLIDARITI MALAYSIA BERSAMA GAZA

414
0

Sudah lebih 72 jam perperangan di antara Hamas dan tentera zi0ni5 berlangsung dan kini masih terus berlangsung apabila tentera zi0ni5 melancarkan serangan yang mengakibatkan lebih 200 orang rakyat Palestin syahid. Satu pencabulan hak manusia yang sangat kejam oleh pihak Isr43l dan kita sudah pun mengetahui hal tersebut sejak berpuluh tahun lamanya.

Apa yang boleh diperkatakan adalah, serangan ke atas Isr43l oleh Hamas itu adalah bersifat untuk mempertahankan diri dan negara – negara Islam digesa agar menyokong tindakan mereka. Operasi yang dikenali sebagai ‘Taufan Al – Aqsa’ ini adalah gerakan spontan kumpulan penentang dan rakyat Palestin yang tertindas dalam mempertahankan hak mereka yang tidak boleh dipisahkan dan reaksi semula jadi mereka terhadap dasar perang dan provokatif zi0ni5. Lebih menyedihkan, Masjid Muhammad Al-Amin di Gaza yang dibina badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care Malaysia (MCM) pada tahun 2013 hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia musnah akibat serangan bom tentera Isra3l.

Wahai kaum Muslimin, apa peranan kita di kala saudara seagama kita ditindas sedemikian rupa? Mereka sedang bergelut dengan peperangan tetapi kita di sini hidup dengan aman. Seharusnya kita bangkit dalam menyatakan solidariti kita kepada mereka dengan menunjukkan tanda sokongan serta mendoakan kemenangan mereka di sana. Sudah berpuluh tahun mereka hidup menderita, dari satu generasi ke satu generasi, salahkah mereka mengambil kembali apa yang selama ini menjadi hak mereka?

Tidak sepatutnya ada layanan yang tidak seimbang dan kemunafikan terang-terangan dalam menangani mana-mana rejim yang mengamalkan apartheid dan melanggar hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa. Rakyat Palestin mempunyai hak untuk hidup dengan aman dalam sempadan mereka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka, serta hak rakyat Palestin yang tidak boleh dipisahkan untuk pulang ke rumah dan harta mereka dari mana mereka telah dipindahkan.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai umat Islam, marilah kita sama – sama bersolidariti bersama masyarakat Gaza dalam usaha untuk membebaskan penderitaan mereka dari cengkaman rejim zi0ni5! Islam adalah agama yang sangat mementingkan ikatan persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah, hubungan persaudaraan itu amat kuat apabila diikat dengan ikatan agama (Islam). Oleh itu, sama – samalah menjalankan tanggungjawab kita dengan berdoa terhadap kemenangan saudara kita di sana. Rasulullah SAW bersabda:

“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.” (HR Imam Ahmad).