Home Ateis GOLONGAN ATEIS KEBANYAKANNYA TIDAK MEMAHAMI IDELOGI ATEISME SEBALIKNYA HANYA MENGIKUT TREND BARAT...

GOLONGAN ATEIS KEBANYAKANNYA TIDAK MEMAHAMI IDELOGI ATEISME SEBALIKNYA HANYA MENGIKUT TREND BARAT YANG DIANGGAP ‘UP-TO-DATE’

199
0

Rumusan awal daripada beberapa pengkaji menunjukkan bahawa golongan ateis di Malaysia tidaklah begitu memahami falsafah ateisme sebagaimana yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh ateis. Sebahagian mereka sekadar mengikut arus atau trend anak muda di Barat kononnya dianggap ‘cool’ dengan status tidak beragama atau ateis.

Apatah lagi dengan sifat anak muda yang sememangnya suka kepada kebebasan tanpa sebarang kongkongan termasuklah bebas dalam soal agama dan kepercayaan. Maka jalan pintas ialah dengan memeluk fahaman ateis tanpa mereka menyedari kepincangan pemikiran itu.

Memandangkan jumlah golongan ateis di Malaysia diuar-uarkan semakin bertambah, disamping turut mendapat sokongan oleh beberapa pihak yang memperjuangkan hak asasi manusia, mereka dilihat berani mengugut pihak kerajaan dan pihak berkuasa agama agar tidak mengambil tindakan terhadap mereka.

Perkara ini membuktikan bahawa gejala ateisme khususnya dalam kalangan remaja Melayu-Islam kini berada pada tahap membimbangkan. Justeru itu, satu usaha bersungguh-sungguh dan berterusan dalam memerangi gejala sesat ateis ini perlu dilakukan oleh semua pihak bertanggungjawab demi memastikan akidah umat Islam terutamanya anak-anak muda tidak mudah untuk dipesongkan oleh anasir-anasir yang mengarut.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor – 2019