Home Ajaran Sesat AJARAN SESAT TIDAK MEMBERI SEBARANG KEBAIKAN SELAIN KETAKSUBAN YANG ‘MEMBABI BUTA’, TERPESONG...

AJARAN SESAT TIDAK MEMBERI SEBARANG KEBAIKAN SELAIN KETAKSUBAN YANG ‘MEMBABI BUTA’, TERPESONG DARI SYARIAT ISLAM MALAH MENGGUGAT KEHARMONIAN BERMASYARAKAT -KENAPA MASIH ADA YANG TERPENGARUH?

405
0

Ajaran sesat muncul dalam masyarakat Islam hasil dari perancangan rapi yang ditaja oleh musuh-musuh Islam demgam tujuan untuk merosakkan agama Islam dan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam menerusi perbezaan dan percanggahan fahaman.

Ajaran sesat cuba membentuk jiwa pengikut-pengikut supaya kasih dan taksub terhadap ajaran yang dianuti. Para tok guru ajaran sesat juga tidak lupa mempengaruhi mereka supaya bersikap benci terhadap sesiapa sahaja yang cuba menentang kegiatan mereka termasuk guru-guru agama, alim ulama, undang-undang, pihak berkuasa agama dan lain-lain.

Kononnya usaha suci mereka itu ditekan dan dihalang oleh golongan yang tidak mahu kepada kebenaran. Segala hujah yang dibawa oleh guru-guru ajaran sesat untuk menegakkan kepalsuannya itu memang diterima oleh para pengikutnya tanpa berfikir panjang. Dari sinilah lahirnya rasa simpati terhadap diri guru mereka yang dianggap tidak bersalah itu.

Keadaan ini menimbulkan sikap memberontak dalam diri pengikut-pengikut ajaran sesat terhadap pihak berkuasa serta para alim ulama lantas mereka mengambil sikap memulau segala program keagamaan yang ditaja oleh orang lain yang bukan dari golongan mereka seperti kuliah-kuliah agama, perayaan agama, sembahyang jumaat, sembahyang Jemaah di masjid atau surau, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Sama ada disedari atau tidak, kewujudan kumpulan ajaran sesat ini telah menggugat perpaduan masyarakat dan menjejaskan keharmonian hidup akibat dari perbezaan pegangan ajaran agama antara mereka dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Contohnya perkara ini boleh menimbulkan krisis rumah tangga apabila salah seorang dari pasangan suami isteri enggan menyertai kumpulan tersebut. Bukan itu sahaja, malah lebih teruk lagi mencetuskan keganasan dan mengancam keselamatan negara seperti yang pernah dicetuskan oleh Kumpulah Daesh, Kumpulan Jemaah Islamiyah.

Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa kewujudan ajaran sesat ini menimbulkan kesan yang sangat buruk bukan sahaja di dalam lingkungan keluarga asas, malah lebih teruk lagi turut mengancam nyawa masyarakat yang tidak terlibat dan menghuru-harakan keharmonian dalam negara. Ingatlah bahawa jika terdapatnya lebih keburukan berbanding kebaikan dalam sesuatu perkara itu, maka lebih baik menolaknya sebelum terpesong akidah.

Sumber: Buku “Memerangi Ajaran Sesat” – Majlis Ugama Islam Kelantan