Home Ektremisme/radikalisme NILAI-NILAI AJARAN ISLAM: PERDAMAIAN DIUTAMAKAN MESKIPUN KETIKA BERPERANG DALAM MENYANTUNI SETIAP MAKHLUK

NILAI-NILAI AJARAN ISLAM: PERDAMAIAN DIUTAMAKAN MESKIPUN KETIKA BERPERANG DALAM MENYANTUNI SETIAP MAKHLUK

248
0

Nilai-nilai perdamaian pada hakikatnya banyak termaktub dalam al-Quran dan juga secara jelas diindikasikan dalam pelbagai riwayat hadis. Tidak ada satu ayat pun dalam al-Quran, dan tidak ada satu hadis pun yang mengobarkan semangat kebencian, permusuhan, pertentangan atau segala bentuk peri laku negatif yang mengancam kestabilan serta kualiti kedamaian hidup.

Islam yang disebarkan dan diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW merupakan agama yang ditujukan demi kesejahteraan dan keselamatan seluruh umat sekalian alam. Islam mengajarkan umatnya untuk selalu menegakkan perdamaian di dunia sehingga persaudaraan dapat terjalin dengan erat.

Oleh sebab itu, walaupun peperangan tercetus sepertimana di Palestin pada ketika ini, warga Gaza melawan adalah demi mempertahankan tanah serta hak perdamaian seperti dikatakan dalam Islam. Persiapan berperang adalah untuk menjaga pendamaian dan peperangan yang tercetus bagi mencegah kerosakan daripada penjahat. Kelalaian dalam mempersiapkan kekuatan perang hanya membuka ruang diperangi dan dihancurkan oleh musuh.

Justeru itu, perdamaian adalah adab yang perlu diutamakan dalam menyantuni makhluk sekalian alam. Maka tidak hairanlah apabila kita melihat para wartawan, tawanan, sukarelawan bukan Islam sekalipun sangat senang dan mesra dengan tentera-tentera Gaza kerana sikap mereka mencerminkan al-Quran dan Hadis sekaligus menggambarkan agama Islam yang sebenar. Sekalipun ianya cuba disembunyikan dari mata dunia, namun sedarlah bahawa adab sekecil inilah yang mampu membuka hati yang ‘keras dan tertutup’ menghampiri Islam.

Sumber: Islamic History and Civilization – Universiti Malaya