Home Kemanusiaan/Motivasi ISU ARTIS WANITA BERPAKAIAN TIDAK SOPAN PATUHILAH SYARIAT YANG DIGARISKAN OLEH ISLAM

ISU ARTIS WANITA BERPAKAIAN TIDAK SOPAN PATUHILAH SYARIAT YANG DIGARISKAN OLEH ISLAM

245
0

Tular di media sosial tentang teguran dari seorang penceramah bebas, PU Syed terhadap beberapa artis wanita yang berpakaian t – shirt tetapi bercorak seperti pakaian dalam mengundang reaksi pelbagai pihak. Sebahagian besar netizen menyokong tindakan penceramah bebas terbabit yang menegur dengan baik tentang perlakuan tersebut kerana bimbang akan timbul pelbagai fitnah terhadap artis – artis terbabit.

Dalam mengenakan pakaian, Islam telah menggariskan beberapa panduan kepada kita khususnya para kaum Muslimah. Antara panduan pakaian buat para wanita Muslimah adalah seperti berikut:

1) Berpakaian longgar.
2) Melabuhkan tudung.
3) Memakai stokin.
4) Memakai sarung lengan yang longgar.
5) Bersederhana dalam berhias.

Menurut hadis Rasulullah SAW bermaksud:

“Dua golongan penghuni neraka yang aku tidak pernah melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cemeti seperti seekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia dan perempuan yang berpakaian, tetapi telanjang berjalan berlenggang-lenggok dan menggoda, kepala mereka seperti bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (HR Muslim).

Dalam isu ini, walaupun bukan memakai pakaian dalam yang sebenar tetapi dengan memakai baju yang bergambar pakaian dalam tersebut ianya telah membawa fitnah kepada yang memakainya, apatah lagi jika pemakaiannya itu dipertontonkan kepada masyarakat walaupun sekadar “content”. Sepatutnya sebagai seorang selebriti yang mungkin menjadi ikutan atau idola oleh masyarakat, mereka tidak seharusnya mencampur adukkan perkara yang halal, haram dan syubhah dalam kehidupan apatah lagi jika seseorang itu boleh menjadi daya penarik kepada peminat-peminat mereka, takut ia menjadi ikutan tidak baik.

Kesimpulannya, aurat perlu dijaga dan ditutup rapi dengan cara berpakaian yang seiring dengan kehendak syarak ketika dalam apa jua aktiviti baik lelaki mahupun wanita. Sebagai hamba Allah SWT yang lemah dan pastinya tidak mampu menahan azab seksaanNya yang amat pedih, maka sewajarnya kita memandang berat isu pendedahan aurat dan memastikan kita serta ahli keluarga sentiasa mematuhi etika pemakaian yang digariskan oleh syarak. Marilah kita meneguhkan rasa takut pada azab Allah SWT kerana semua amalan yang kita lakukan akan dihitung di akhirat hatta sebesar zarah.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan