Home Ektremisme/radikalisme GAMBARAN JELAS ISRAEL-ZIONIS MERUPAKAN PENGGANAS

GAMBARAN JELAS ISRAEL-ZIONIS MERUPAKAN PENGGANAS

187
0

Menurut teori Realisme yang dipelopori oleh Heraclitus, menekankan bahawa sesuatu peperangan terjadi kerana sifat semulajadi manusia yang tamak dan rakus. Hal ini menjadi asas kepada berlakunya konflik. Malah, dorongan untuk memiliki kuasa yang maksimum adalah keinginan sejagat dan semulajadi bagi manusia. Bertitik tolak dari sikap buruk ini, maka terjadinya perebutan dan persaingan antara negara bagi memiliki kekuasaan maksimum.

Teori ini jelas menggambarkan perang Arab-Israel yang bermula semenjak tahun 1948 adalah usaha Israel untuk menunjukkan kekuatannya dan agenda tersembunyi yang didokongi oleh kuasa besar yang lain. Kini, jelaslah bahawa keganasan yang berlaku terhadap Palestin ini menggambarkan wajah sebenar Israel yang penuh dengan sifat tamak, rakus dan mementingkan diri sendiri.

Hakikatnya Israel sudah menjadi pengganas selama 76 tahun, bermula apabila berlakunya peristiwa Nakbah pada 15 Mei 1948. Pada ketika inilah Israel telah menubuhkan negaranya di atas bumi Palestin, bertindak kejam mengusir rakyat Palestin, menghancurkan perkampungan-perkampungan penduduk serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai (genocide) rakyat Palestin. Bukankah tindakan-tindakan mereka ini menepati teori Realisme dan terlebih layak untuk diakui sebagai teroris atau pengganas? Renung-renungkan.

Sumber: Universiti Sains Islam Malaysia