Home Ajaran Sesat CABARAN MUSLIM MENGHADAPI ANCAMAN AGAMA BARU YANG BOLEH MENGELIRUKAN MINDA MENYESATKAN AKIDAH

CABARAN MUSLIM MENGHADAPI ANCAMAN AGAMA BARU YANG BOLEH MENGELIRUKAN MINDA MENYESATKAN AKIDAH

210
0

Islam adalah cara hidup yang lengkap meliputi segala urusan kehidupan manusia. Islam merupakan agama yang telah lengkap dengan pengutusan nabi dan rasulNya yang terakhir iaitu Muhammad SAW. Justeru, sebarang dakwaan sama ada wujudnya kitab lain selain al-Quran, nabi baru sama nabi bersifat universal atau setempat seperti Rasul Melayu, syariat baru atau tafsiran baru terhadap syariat yang telah termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah, pastinya ia merupakan ajaran menyeleweng dan sesat.

Contohnya, terdapat dakwaan bahawa semua agama adalah sama atau mendakwa penyatuan semua agama termasuk Islam ke dalam satu agama baharu. Misalnya, ajaran pluralisme agama yang mendakwa tiada satu pun agama tunggal dan ekslusif yang boleh disifatkan sebagai agama yang benar atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam setiap agama. Mereka mendakwa semua agama adalah sama iaitu dari sudut tujuan membawa manusia kepada mengenal, menyembah dan mengabdikan diri kepada Tuhan yang satu. Secara kasarnya, dakwaan ini bagaikan benar, namun adakah aspek kepercayaan, pengamalan dan pengabdian kepada Tuhan dalam Islam sama dengan agama-agama lain? Tidak sama sekali. Rukun Iman, rukun Islam wang wujud dalam agama adalah jelas dan amat berbeza dengan agama-agama lain.

Sesungguhnya, cabaran akidah terkini bukan lagi datang dengan nama Hindu, Buddha, Kristian, malah datang dalam identiti yang mengelirukan seperti Pluralisme, Sekularisme, Liberalisme dan sebagainya. ideologi-ideologi ini telah dikategorikan oleh mereka yang mengkaji dan mendalami bidang ini sebagai agama-agama baharu yang muncul pada abad ini. Justeru itu, sebagai seorang Muslim, mestilah berhati-hati dalam mempercayai dan meyakini ideologi baru yang wujud apatah lagi mengelirukan. Sudah pasti para alim ulama ialah mereka yang berkelayakan untuk dirujuk dalam merungkaikan kekeliruan tersebut.

Sumber: Buku Ajaran Sesat: Merungkai Kekusutan & Kecelaruan -MAIS